LONDON: Bruno Fernandes mungkin menjadi sasaran tawaran lumayan daripada Al-Hilal pada musim panas ini, namun Manchester United tidak berhasrat untuk menjual kapten mereka.
Kelab Liga Pro Saudi (SPL) itu mempunyai dana untuk membeli seorang pemain bintang selepas Mohamed Salah memutuskan untuk kekal di Liverpool, dengan laporan di Asia Barat mendakwa wakil Fernandes mengadakan rundingan bersama Al-Hilal semalam.
Difahamkan kedua-dua pihak ada berhubung tahun lalu sebelum Fernandes menandatangani kontrak baharu di United hingga tahun 2027 dengan pilihan sambungan 12 bulan.
Perancang utama berusia 30 tahun itu muncul pemain terbaik United sekali lagi musim ini dengan 19 gol dan 18 umpanan gol setakat ini.
Dia salah seorang daripada beberapa pemain yang tidak akan dijual kelab itu pada musim panas ini ketika mereka mahu membentuk semula pasukan di bawah kendalian Ruben Amorim.
Namun sumber United menyatakan tidak ada sebarang tawaran rasmi daripada Al-Hilal dan mereka tidak mahu menjual Fernandes sekiranya tawaran hadir.
Pada Mac lalu, Amorim menolak kemungkinan pemain tonggaknya menyertai Real Madrid hujung musim ini dan berkata: "Tidak, ia tidak akan berlaku. Dia tidak akan ke mana-mana kerana saya sudah memberitahunya!
"Saya mahu Bruno di sini kerana kami mahu menjuarai Liga Perdana sekali lagi, jadi kami mahukan pemain terbaik untuk terus bersama kami. Dia berusia 30 tahun, tetapi dia masih muda, kerana dia beraksi 55 perlawanan setiap musim."
Salah satu daripada empat kelab terbesar dalam SPL, Al-Hilal mengintai peluang di pasaran perpindahan bagi seorang pemain ternama sesudah terlepas khidmat Salah.
Mereka mahu mengikat satu nama besar sebelum Piala Dunia Kelab bulan depan, tetapi ketika ini menumpukan usaha melantik jurulatih baharu bagi menggantikan Jorge Jesus yang meninggalkan kelab itu hujung minggu lalu. – AGENSI
Related News
07 Jun, 2025
Former NFL QB Confident Eagles Will Repe . . .
03 Mar, 2025
Celebrity Big Brother 'signs up fan-favo . . .
06 Jul, 2025
Fabrizio Romano reveals the three clubs . . .
20 Apr, 2025
14yo prodigy becomes youngest-ever IPL p . . .
11 May, 2025
US agree trade deal with China
15 May, 2025
Dramatic CCTV footage shows synagogue ar . . .
04 Apr, 2025
Kaindu retraces Gibbo roots
27 May, 2025
Bonnie Blue one of three high-profile na . . .