TRENDING NEWS
Back to news
27 May, 2025
Share:
Amer sasar gegar Sepang
@Source: bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Pemandu sedang meningkat naik, Amer Harris Jefry bertekad untuk mencipta kejutan di Litar Antarabangsa Sepang yang bakal menjadi venue bagi kempen Porsche Carrera Cup Asia 2025, dari 6 hingga 8 Jun ini. Amer berkata, selepas dua pusingan musim berlangsung di Litar Antarabangsa Shanghai dan Motegi, dia yang mewakili pasukan Z Speed Motorsport kini berupaya untuk berada di kedudukan keempat dalam carta kejuaraan. "Pusingan pertama di Shanghai, kita meraih tempat ketiga untuk Perlumbaan 1 dan kelima bagi Perlumbaan 2. Di Motegi, tuah tidak memihak kepada saya apabila berdepan kemalangan di kedua-dua perlumbaan sebelum menamatkan kedua-duanya di tempat keenam. "Sudah tentu saya ingin menjuarai kejuaraan keseluruhan. Tampak agak sukar tetapi saya akan cuba sebaik mungkin," kata Amer ketika ditemui media selepas majlis menandatangani perjanjian sebagai rakan jenama CIMB Group Holdings Berhad, hari ini. Majlis berkenaan turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. Menerusi kerjasama baharu selama dua tahun itu, Amer kini menyertai barisan elit yang terdiri daripada ikon sukan kebangsaan di bawah naungan CIMB termasuk jaguh Olimpik dan pelumba basikal trek profesional Datuk Azizulhasni Awang; pemain skuasy kebangsaan S Sivasangari dan pemain golf profesional Ervin Chang. Mengulas lanjut mengenai sasarannya di Sepang, Amer berkata, dia berkeyakinan tinggi untuk melakukan sesuatu di litar kebanggaan negara memandangkan sudah sering beraksi di sana. Namun begitu, Amer sedar akan saingan yang bakal ditempuhi terutama daripada pemandu dan pasukan yang lebih berpengalaman ke kejuaraan berprestij berkenaan. "Amer sudah mempunyai tempoh pemanduan yang baik di sana dan untuk itu, saya patut menang di Sepang nanti. (Untuk pesaing), Sudah tentu yang banyak pengalaman dalam Carerra... tujuh atau lapan tahun dalam kejuaraan namun kelebihan saya adalah trek ini sendiri," katanya.
For advertisement: 510-931-9107
Copyright © 2025 Usfijitimes. All Rights Reserved.