MANCHESTER, England: Bos Manchester United, Ruben Amorim mengelak soalan mengenai masa depan kapten Bruno Fernandes dan Alejandro Garnacho menjelang aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Aston Villa malam esok yang akan melengkapkan satu daripada musim terburuk kelab itu dalam sejarah.
Selepas United tewas 1-0 di tangan Tottenham pada final Liga Europa Rabu lalu, Fernandes berkata kelab itu mungkin akan menjualnya dan laporan terbaharu menyaksikan kelab Arab Saudi, Al-Hilal sedia menawarkan sekitar £100 juta (RM571 juta) buat pemain antarabangsa Portugal itu.
Garnacho memberikan bayangan dia akan meninggalkan pasukan dalam hantaran media sosial selepas kekalahan Rabu lalu apabila menulis: "Sebelum final saya bermain dalam setiap pusingan membantu pasukan dan hari ini saya beraksi 20 minit, saya tidak tahu.
"Final akan mempengaruhi (keputusan saya) tetapi keseluruhan musim, situasi kelab."
Amorim bertemu media hari ini buat kali pertama sejak kekalahan itu yang bermakna United tidak akan beraksi di Eropah musim depan dan enggan melayan soalan mengenai dua pemain itu.
"Saya sering bercakap dengan pemain saya tetapi fokus kini adalah terhadap perlawanan terakhir," kata pengurus berusia 40 tahun itu.
"Kami ada perancangan dan kami bersedia bagi kedua-dua situasi, dengan Liga Juara-Juara atau tanpanya. Kini kami perlu fokus terhadap perlawanan terakhir musim."
Amorim dan anak buahnya berharap untuk menyelamatkan musim mereka dengan sesuatu yang positif Rabu lalu dalam musim yang menyaksikan mereka terdampar di tangga ke-16 EPL menjelang aksi terakhir musim malam esok, jadi kekalahan di Bilbao satu tamparan besar.
"Ia amat sukar dan masih sukar," katanya.
"Kejam buat kami kalah perlawanan itu. Kami pasukan yang lebih bagus, kami mencipta lebih banyak peluang."
Beliau merumuskan musim ini sebagai "benar-benar sukar."
"Saya tidak akan cuba meyakinkan anda sebaliknya, ia satu musim yang sukar tetapi kami berharap boleh memenangi sesuatu dan ia boleh membantu kami menamatkan musim dengan cara berbeza," katanya.
"Cara kami boleh bangkit adalah fokus kepada perlawanan berikutnya, untuk berakhir dengan cara yang baik." – REUTERS
Related News
19 Mar, 2025
Napier’s National Aquarium costs ratepay . . .
14 Aug, 2025
ILT20 Development Tournament Season 3: A . . .
14 Jun, 2025
Bubba Wallace responds after being infor . . .
19 Apr, 2025
Sports News | There's Good Depth and Qua . . .
26 Mar, 2025
Andy Farrell reveals British and Irish L . . .
26 Apr, 2025
Google announces end of support for 1st . . .
22 Mar, 2025
Zdravo i bio
02 May, 2025
Irish demand in Portugal grows, as Movin . . .