TRENDING NEWS
Back to news
15 Jun, 2025
Share:
Arsenal digesa dapatkan khidmat Foden
@Source: bharian.com.my
LONDON: Arsenal digesa mengambil langkah untuk menandatangani Phil Foden selepas perpindahan Rayan Cherki ke Manchester City. City memperkuat skuadnya menjelang Piala Dunia Kelab dengan menandatangani Cherki, Tijjani Reijnders dan Rayan Ait-Nouri. Cherki tiba di City dari Lyon pada harga 36.1 juta pound (RM208.21 juta) selepas musim memberangsangkan di Ligue 1. Pemain 21 tahun itu turut menyerlah ketika dua penampilan pertamanya bersama skuad Perancis minggu lalu. Cherki beraksi di sayap kanan bersama Lyon sekali gus mencetus persoalan berkenaan kedudukan Foden dalam skuad kendalian Pep Guardiola. City juga dalam proses melepaskan Jack Grealish pada musim panas ini tetapi bekas penyerang Chelsea, Marseille dan Republik Ireland, Tony Cascarino yakin Foden juga dalam senarai untuk dijual. Ketika ditanya adakah dia percaya Arsenal akan cuba mendapatkan Grealish, Cascarino berkata: "Tidak, saya rasa lebih kepada Foden. "Jelas sekali (pengendali Arsenal, Mikel) Arteta pernah bekerjasama dengan Foden di Man City dan entah mengapa prestasi pemain itu kurang memberangsangkan musim ini. "Daripada Pemain Terbaik FWA musim sebelumnya, persembahannya tahun ini jauh merosot. "Tetapi apa yang berlaku di City dan segala perbelanjaan yang dilakukan, saya tidak terkejut jika Foden dibenarkan untuk berpindah. "Sama ada City melepaskannya kepada Arsenal, saya tidak tahu, tetapi mereka membenarkan Gabriel Jesus dan Oleksandr Zinchenko ke sana. "Jika Arsenal berjaya mendapatkan Foden, saya rasa ia bagus untuk Arteta." - AGENSI
For advertisement: 510-931-9107
Copyright © 2025 Usfijitimes. All Rights Reserved.