TRENDING NEWS
Back to news
29 Apr, 2025
Share:
Arteta seru penyokong ‘bawa kasut bola’ bersama
@Source: mediapermata.com.bn
LONDON, 29 APRIL – Mikel Arteta menggesa para penyokong untuk ‘bawa kasut untuk beraksi bersama‘ menjelang pertemuan antara Arsenal dan Paris Saint-Germain dalam merebut tempat ke final Liga Juara-Juara. The Gunners, yang tidak pernah dinobatkan sebagai juara Eropah, menumpaskan juara bertahan Real Madrid dengan agregat 5-1 untuk mara ke separuh akhir pertama mereka. Pengurus Arsenal, Arteta berada dalam mood yang baik pada malam perlawanan pertama menentang juara Perancis di Emirates. “Tidak keterlaluan kalau saya berkata, ‘Kawan-kawan semua, bawa kasut bola, seluar pendek, baju-T awda dan mari kita bermain bola bersama-sama,” kata jurulatih dari Sepanyol itu. “Kami mahu melakukan sesuatu yang istimewa, tempat itu mestilah yang istimewa, sesuatu yang belum pernah kami lihat. “Dan saya sangat berharap semua yang datang esok ke Emirates dan semua yang menonton dan menyokong kami, bawalah semangat yang tinggi bersama.” Arteta turut menggesa anak buahnya untuk, “membuat langkah seterusnya”. “Pergi ke sana dengan penuh keyakinan itu dan rasakan keyakinan tersebut di sekeliling, saya fikir ia adalah kunci. Jika kami dapat menjana semangat itu, kami akan menjadi lebih hampir untuk memenangi permainan,” katanya. Arteta, yang pasukannya kelihatan berkemungkinan menduduki tempat kedua dalam Liga Perdana untuk musim ketiga berturut-turut, berkata adalah penting untuk menikmati detik itu walaupun berdepan tekanan. “Kami amat bertuah kerana berada dalam kedudukan seperti sekarang,” katanya. “Kami memperolehnya dengan kerja dan semangat kami kerana kami telah menghadapi banyak cabaran. “Dan kami berjaya bersaing di peringkat tinggi selama 10 bulan. Jadi kami berhak untuk hayati saat ini. Momen indah yang boleh kami nikmati.” Tetapi dia merendah diri mengatakan bahawa The Gunners adalah pilihan untuk memenangi pertandingan tersebut setelah berjaya menumpaskan juara 15 kali, Real Madrid. “Jika awda melihat sejarah. Tidak, kerana kita tidak pernah mencapainya. Jadi, begitu banyak yang perlu dilakukan (oleh Arsenal).” katanya. – AFP
For advertisement: 510-931-9107
Copyright © 2025 Usfijitimes. All Rights Reserved.