TRENDING NEWS
Back to news
16 Jul, 2025
Share:
Atletico setuju tandatangani Almada dari Botafogo
@Source: bharian.com.my
PARIS: Kelab bola sepak Sepanyol, Atletico Madrid menyatakan mereka sudah mencapai persetujuan dengan kelab Brazil, Botafogo untuk menandatangani pemenang Piala Dunia 2022, Thiago Almada. "Kelab kami dan kelab Brazil itu sudah mencapai persetujuan, tertakluk kepada pengesahan selepas pemain menjalani pemeriksaan perubatan dan menandatangani kontrak," menurut kenyataan kelab La Liga itu di media sosial. Pemain Argentina berusia 24 tahun itu menghabiskan separuh kedua musim lalu secara pinjaman di Lyon, menjaringkan dua gol dan mencatat lima bantuan gol dalam 20 penampilan bagi semua pertandingan bersama kelab Perancis itu. Almada beraksi 10 kali bersama skuad kebangsaan Argentina, merupakan sebahagian daripada pasukan yang menjuarai Piala Dunia di Qatar. Dia turut mewakili Argentina pada Sukan Olimpik Paris 2024. Pemain tengah menyerang itu memulakan karier bersama kelab tempatan, Velez Sarsfield dan membuat penampilan profesional sulung pada 2018 ketika berusia 17 tahun. Dia menyertai kelab Major League Soccer (MLS), Atlanta United pada 2022 dan dinobat sebagai pemain muda terbaik liga itu dalam musim sulungnya. Prestasi cemerlang Almada membolehkannya berpindah ke Botafogo pada musim panas lalu. Dia membuat 26 penampilan bersama kelab berpangkalan di Rio de Janeiro itu, memenangi liga Brazil dan Copa Libertadores, sebelum dipinjamkan ke Lyon pada Januari. – AFP
For advertisement: 510-931-9107
Copyright © 2025 Usfijitimes. All Rights Reserved.