TRENDING NEWS
Back to news
19 Jul, 2025
Share:
Belum ada keputusan tentang Son - Frank
@Source: bharian.com.my
LONDON: Thomas Frank pada penampilan pertamanya sebagai pengendali Tottenham Hotspur, seakan mengeyakan spekulasi perpindahan keluar Son Heung-min. Heung-min tidak akan ke mana-mana sebelum jelajah pra-musim ke Asia bulan depan di mana Spurs akan beraksi di Hong Kong dan Korea Selatan, tetapi pemain 33 tahun itu memasuki tahun terakhir kontraknya. Pemain Korea Selatan itu menarik minat kelab-kelab Liga Pro Saudi dan Major League Soccer di Amerika Syarikat. Sudah sedekad Heung-min bersama Spurs dan masih menjadi kapten pasukan, tetapi tidak ada jaminan yang dia akan mengekalkan peranan itu di bawah kendalian Frank. "Soalan yang bagus, kami belum memutuskan apa-apa. Ia terletak di tangan saya. Banyak perkara yang perlu dinilai dan saya akan menelitinya satu persatu. "Dia menjadi kapten tahun lalu dan apabila kami bermain dua babak 45 minit esok, Son dan Cristian Romero akan menjadi kapten," kata Frank. Tottenham akan beraksi buat pertama kali di bawah pengendali baharu mereka di Reading malam ini. "Sekarang, saya mempunyai pemain yang komited dan berlatih dengan baik. Jika seseorang pemain sudah lama bersama kelab, sudah pasti kelab perlu membuat keputusan. Ia sedikit rumit jika ia berlaku," tambahnya. - AGENSI
For advertisement: 510-931-9107
Copyright © 2025 Usfijitimes. All Rights Reserved.