MIRI: Tiada perubahan bagi kedudukan pendahulu Connor Liew Axel Kai dan Jamie Tan Huan Ying apabila terus mengungguli carta kedudukan kategori Lelaki dan Perempuan A, selepas tamat hari kedua sirkit kedua kejohanan golf 100PLUS Srixon Jelajah Pembangunan Malaysia di kelab Golf Eastwood Valley, Miri, Sarawak, hari ini.
Connor bagaimanapun sedikit goyah di hari kedua apabila menutup saingan dengan meletakkan namanya selaku pendahulu carta kategori lelaki A dengan catatan terkumpul selepas dua pusingan, 146 pukulan 2 di atas par.
Namun, Connor boleh menarik nafas lega kerana diibaratkan sudah sebelah kaki untuk mengesahkan slot ke saingan Grand Finale yang dijadual berlangsung Oktober nanti.
"Pukulan saya baik tetapi ada melakukan beberapa kesilapan seperti salah penggunaan kayu dan bermain lebih aggresif. Sembilan lubang pertama saya mencatat lima bogey.
"Saya sedikit gemuruh kerana ketika di Grand Finale pada tahun lalu, saya tidak bermain dengan baik dan peluang kedua kali ini saya mahu bermain dengan lebih baik," kata Connor.
Di kedudukan kedua, Ng Li Xin yang menutup hari kedua keseluruhan dengan 159 pukulan 15 di atas par manakala Brandon Wong Yi dan AK Muhd Zakwan Zaki Al Hakim berkongsi kedudukan ketiga dengan 160 pukulan 16 di atas par.
Saingan Perempuan A turut didominasi Jamie Tan Huan Ying yang mengekalkan kedudukan pendahulu dengan catatan terkumpul selepas tamat dua pusingan, 148 pukulan 4 di atas par.
Meskipun sudah sebelah kaki untuk berada dalam senarai ke Grand Finale, Jamie masih belum mahu merasa selesa sebaliknya memberi tumpuan pada hari terakhir.
"Hari ini saya lebih bertarung dengan diri sendiri kerana semalam kami bermain dengan pantas kerana berada di kumpulan pertama tetapi kali ini saya bermula di belakang dan sentiasa mengingatkan diri untuk bertenang.
"Maish belum selesa kerana permainan masih belum tamat kerana masih ada perlawanan lagi pada esok.," kata Jamie.
Ngo Yi Belle masih berpeluang untuk memintas pada hari terakhir esok kerana hanya dibezakan 7 pukulan selepas menutup dua pusingan dengan catatan 155 pukulan 11 di atas par.
Related News
20 Mar, 2025
Why Xander Schauffele returned to Valspa . . .
26 Jun, 2025
Sports News | Asian Squash Doubles Champ . . .
18 Apr, 2025
iPhone 18 just tipped for big price hike . . .
22 Apr, 2025
Truitt, Pennsauken beat Moorestown Frien . . .
25 May, 2025
Introducing Hercules and Ned: The Border . . .
04 Jun, 2025
RBC Canadian Open Field Weakened as PGA . . .
11 Mar, 2025
New Morgan Supersport is here to take on . . .
23 Mar, 2025
Purple Cap in IPL 2025: Get Updated List . . .