Back to news
Darurat diisytihar di beberapa bahagian di New Zealand akibat cuaca buruk
@Source: bharian.com.my
WELLINGTON: Cuaca buruk melanda New Zealand pada Khamis, dengan beberapa kawasan diisytihar darurat berikutan hujan lebat dan angin kencang, lapor Xinhua.
Di Pulau Selatan, hujan lebat menyebabkan banjir, memaksa penduduk dipindahkan dari kediaman mereka.
Menteri Pengurusan Kecemasan dan Pemulihan, Mark Mitchell mengumumkan bahawa bandar Christchurch diisytihar darurat pada sidang media petang Khamis.
Menurut pihak berkuasa cuaca negara, MetService, beberapa kawasan di wilayah Canterbury mencatatkan taburan hujan antara 100 hingga 180 milimeter sejak Rabu hingga tengah hari Khamis, lebih dua kali ganda purata hujan bulanan dalam tempoh singkat itu.
Datuk Bandar Selwyn, Sam Broughton pula berkata darurat diisytihar bagi daerah itu pada 5.39 pagi susulan paras sungai yang meningkat dan nasihat yang dikeluarkan majlis wilayah.
MetService turut mengeluarkan Amaran Merah bagi angin kencang di Wellington bermula 10 pagi Khamis hingga 3 pagi Jumaat, amaran pertama seumpamanya dikeluarkan tahun ini.
Amaran Merah hanya dikeluarkan bagi kejadian cuaca melampau yang dijangka menyebabkan gangguan besar dan kerosakan.
Di Wellington, kelajuan angin mencecah sekurang-kurangnya 150 km/j di kawasan terbuka dan 118 km/j di kawasan lain, dengan ramalan kelajuan maksimum sehingga 140 km/j pada awal petang Khamis.
Semua penerbangan di Lapangan Terbang Wellington dibatalkan sekurang-kurangnya sehingga 6 petang.
Setakat ini, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa akibat cuaca buruk itu. – BERNAMA-XINHUA
Related News
23 Jul, 2025
Renault Triber Facelift Price, Specifica . . .
18 May, 2025
Indian-Origin Man Claims London Cafe Ref . . .
29 Mar, 2025
JD Vance admits that he wasn’t entirely . . .
31 May, 2025
Sports News | Olympic Boxing Champ Imane . . .
08 Jun, 2025
England gets £16bn for transport as peop . . .
23 Jul, 2025
Lauren Coughlin dubs Scottie Scheffler’s . . .
22 Apr, 2025
Leicestershire villages battle it out at . . .
10 May, 2025
India-Pakistan War: MEA condemns ceasefi . . .