Back to news
Echeverri berlatih sepakan percuma, pemain lain tidak - Guardiola
@Source: bharian.com.my
ATLANTA, Amerika Syarikat: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memuji dedikasi Claudio Echeverri, pemain tengah muda dari Argentina yang menjaringkan satu gol menerusi sepakan percuma cantik ketika menang 6-0 ke atas Al-Ain pada Piala Dunia Kelab pagi tadi.
Pemain berusia 19 tahun itu meledak gol kedua City dalam kemenangan besar di Atlanta, yang menyaksikan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu mara ke pusingan 16 terakhir kejohanan anjuran FIFA.
Dalam penampilan sulung bagi kesebelasan utama buat City, Echeverri memanfaatkan sepakan percuma dari luar kotak penalti, melencongkan bola melepasi benteng ke penjuru atas gol - satu jaringan yang mengundang pujian ramai.
"Saya mahu beritahu anda satu perkara - sejak dia tiba Januari lalu, dalam tiga atau empat bulan ini, selepas sesi latihan tamat, dia akan berlatih sepakan percuma seorang diri, bersama penjaga gol dan benteng," kata Guardiola kepada wartawan.
"Pemain lain tidak berlatih. Tetapi dia terus berlatih dan berlatih - dan akhirnya kerja keras itu membuahkan hasil.
"Dia ada keberanian dan kualiti. Bila anda banyak berlatih - seperti main golf atau bola keranjang - makin tinggi peluang anda berjaya."
Echeverri, yang diberi julukan 'Si Iblis Kecil', menyertai City dari kelab gergasi Argentina, River Plate dan membuat penampilan sulung bersama kelab itu pada final Piala FA menentang Crystal Palace bulan lalu.
Guardiola menggantikannya dengan Phil Foden selepas rehat dan kemudian menjelaskan Echeverri mengalami kecederaan buku lali.
"Ia satu gol yang menakjubkan. Dia pemain yang luar biasa dalam ruang sempit," kata Guardiola.
"Malangnya dia tidak dapat terus bermain selepas rehat kerana masalah di buku lali. Namun ya, dia bermain dengan amat baik di awal permainan... dan jaringannya menerusi sepakan percuma itu memang sangat, sangat hebat." – AFP
Related News
02 Jul, 2025
Primary school forced to shut as urgent . . .
29 Apr, 2025
RAN Unveils Schedule, Two Bermuda Matche . . .
19 Feb, 2025
Ukraine goes all out to woo young people . . .
17 Jul, 2025
NHL 2025-26 schedule: 6 Kings games to w . . .
26 Mar, 2025
Wales snatch last-gasp point in World Cu . . .
28 Jun, 2025
Weekend PC Download Deals for June 27: S . . .
12 Jun, 2025
He got Kikau off at the judiciary. Now h . . .
17 Mar, 2025
McIlroy overcomes nerves and disappointm . . .