Back to news
Fadillah adakan lawatan kerja ke Perancis teroka peluang kerjasama dalam bidang peralihan tenaga
@Source: bharian.com.my
PUTRAJAYA; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof akan menyertai Global Water Summit (GWS) 2025 anjuran Global Water Intelligence (GWI) serta mengadakan lawatan kerja rasmi ke Perancis bermula semalam hingga 14 Mei bagi meneroka peluang kerjasama antara Malaysia dan kedua-dua negara dalam bidang peralihan tenaga.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), memaklumkan Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air telah dijemput untuk menyampaikan ucaptama semasa sesi plenari pembukaan GWS pada 13 Mei ini yang bertemakan Delivering the Economics of Water.
GWS adalah platform untuk menyampaikan hala tuju strategik sektor air negara ke arah menjadikan sektor air sebagai pemangkin pembangunan mampan dan daya saing ekonomi negara.
"Ini seterusnya menjadikan sektor air sebagai hab ekonomi menjelang tahun 2040 selaras dengan visi Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR 2040)," menurut kenyataan PETRA di sini hari ini.
PETRA memaklumkan tajuk ucapan Fadillah adalah berkisarkan "Transforming Mindsets, Transforming Approaches: Malaysia's Vision for Sustainable Water Management."
PETRA berkata, undangan kepada Fadillah untuk menyampaikan ucaptama di sesi Plenari Pembukaan persidangan itu adalah berdasarkan kepada pencapaian Malaysia yang telah berjaya menjadi negara contoh melaksanakan tadbir urus yang baik dalam pengurusan air iaitu usaha Malaysia ke arah penggunaan air pulih guna sebagai sumber alternatif bagi kegunaan perindustrian dan peluasan perkhidmatan sanitasi kepada komuniti berpendapatan rendah.
Di samping itu, Fadillah juga akan mengadakan lawatan penanda aras ke loji janakuasa tenaga nuklear pada 12 Mei ini dengan kerjasama pihak Electricite de France (EDF).
PETRA berkata, lawatan itu adalah selaras dengan inisiatif kerajaan berkaitan keperluan tenaga nuklear sebagai opsyen campuran bahan api tenaga di Malaysia untuk memastikan sekuriti bekalan tenaga di negara ini.
Selain itu perbincangan dan sesi perkongsian ilmu bersama enam kementerian dan agensi utama di Perancis yang bertanggungjawab terhadap pembangunan teknologi dan tadbir urus nuklear Perancis juga akan diadakan pada 13 Mei ini.
Ia akan membabitkan Kementerian Ekonomi dan Kewangan Perancis, Electricite de France (EDF), National Agency for Radioactive Waste Management (ANDRA), French Authority for Nuclear Safety and Radiation Protection (ASNR), International Institute of Nuclear Energy (12EN) serta French Alternative Energies and Atomic Energy Commission (CEA).
Fadillah juga dijadualkan mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Tenaga dan Industri Perancis, Marc Ferracci untuk meneroka potensi kerjasama dalam bidang peralihan tenaga serta mengukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara.
PETRA berkata potensi kerjasama dengan Perancis meliputi aspek keselamatan dan keterjaminan bekalan tenaga, penggubalan dasar, kawal selia dan perundangan serta memahami cabaran dan kaedah penyelesaian terbaik.
Lawatan kerja rasmi ke Perancis ini adalah antara langkah memperkasa Malaysia sebagai destinasi pelaburan dunia yang membuka peluang kerjasama erat antara kedua-dua negara dalam sektor tenaga.
Related News
13 Apr, 2025
Mark McMahon's Masters diary: Rory McIlr . . .
17 Feb, 2025
Fiji eyes carbon market
22 Apr, 2025
Dyer brace helps Galway claim draw away . . .
25 Feb, 2025
How to Watch Los Angeles Golf Club vs Ne . . .
26 Apr, 2025
Jai Courtney
Net Worth
17 Mar, 2025
'Alien' greets SpaceX crew as Nasa stran . . .
07 May, 2025
‘It wasn’t something I felt I wanted to . . .
10 May, 2025
WTC Final in India? BCCI’s Proposal Gain . . .