NEW YORK: Dalam usaha memenuhi tempat duduk yang masih kosong, FIFA dilaporkan sudah menurunkan harga tiket secara besar-besaran bagi perlawanan pembukaan Piala Dunia Kelab pada 14 Jun yang membabitkan kelab tuan rumah Inter Miami.
Menurut laporan The Athletic semalam, "puluhan ribu" tempat duduk di Stadium Hard Rock yang berkapasiti 65,326 di Miami Gardens, Florida, masih belum terjual bagi perlawanan jam 8 malam waktu tempatan antara kelab Lionel Messi, Inter Miami dan kelab Mesir, Al-Ahly.
FIFA menafikan dakwaan kurang daripada 20,000 tiket dijual setakat ini, sambil menegaskan jumlah sebenar adalah "jauh lebih tinggi", namun enggan mendedahkan angka rasmi.
"Kami sedang memperkenalkan banyak kelab baharu dan berjaya dari seluruh dunia kepada dunia melalui kejohanan ini yang diadakan di 11 bandar di seluruh Amerika Syarikat," menurut FIFA dalam satu kenyataan.
"Secara keseluruhan, kami menjangkakan kehadiran yang hebat sepanjang kejohanan bagi edisi pertama ini - satu kejohanan yang kami percaya akan terus berkembang dari satu edisi ke edisi berikutnya."
Hingga semalam, harga tiket bagi perlawanan itu di laman Ticketmaster jatuh kepada AS$55 (RM232), separuh daripada harga bulan lalu.
Harga tiket termurah selepas undian kejohanan pada Disember adalah AS$349 (RM1,477), tetapi kemudian turun kepada AS$230 (RM973) menjelang hujung tahun lalu, menurut The Athletic.
Piala Dunia Kelab FIFA dengan 32 pasukan akan berlangsung hingga 13 Julai dan menyaksikan penyertaan kelab MLS seperti Inter Miami, Seattle Sounders dan Los Angeles FC, selain kelab gergasi dunia seperti Real Madrid, Manchester City, Bayern Munich, Paris Saint-Germain, Chelsea dan Inter Milan. – REUTERS
Related News
07 Apr, 2025
Referees appointed for Leinster and Muns . . .
21 Jun, 2025
From crowd-surfing with the Stanley Cup . . .
30 Mar, 2025
Trump and Finnish president strategize o . . .
06 Jun, 2025
Ashok Sharma: The Visionary Business Coa . . .
05 Apr, 2025
Kevin De Bruyne transfer decision hands . . .
30 Mar, 2025
Fantasy sports platforms: Huge risk and . . .
13 Feb, 2025
Inside Vinyl Bar: Glasgow's only venue f . . .
20 Feb, 2025
Cargill Venture to Supply Billions of Do . . .