LONDON: Liverpool tewas kali kedua dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas Fulham meledak tiga gol dalam tempoh 14 minit pada babak pertama untuk mencerahkan peluang mereka ke aksi Eropah menerusi kemenangan 3-2 sebentar tadi.
Keputusan 1-1 yang diraih Arsenal dan Everton semalam meletakkan Liverpool hanya memerlukan 11 mata daripada lapan perlawanan terakhir mereka untuk menjamin gelaran ke-20.
Alexis Mac Allister terlebih dahulu meletakkan The Reds di depan tetapi mereka kemudiannya dibolosi tiga gol menerusi Ryan Sessegnon yang melepaskan satu voli menarik untuk gol penyamaan sebelum Alex Iwobi dan Rodrigo Muniz memberikan Fulham kelebihan dua gol.
Luiz Diaz kemudian menjaringkan gol pada minit ke-72 untuk mengejar kedudukan namun sudah terlambat.
Begitupun Liverpool masih mendahului carta dengan kelebihan 11 mata tatkala masih berbaki tujuh perlawanan.
Kemenangan itu meletakkan Fulham kini berada di tangga kelapan dan hanya dipisahkan tiga mata daripada kelompok lima teratas, yang dilihat mencukupi untuk menjamin satu tempat ke Liga Juara-Juara musim depan. - AFP
Related News
27 Mar, 2025
Canada's Alphonso Davies tears ACL, agen . . .
15 Apr, 2025
Did Trump really ‘exempt’ Chinese phones . . .
15 May, 2025
England not concerned about Jofra Archer . . .
14 May, 2025
NYT Strands hints and answers for Thursd . . .
12 Apr, 2025
‘He would bite your hand off’ – Cristian . . .
05 Apr, 2025
Whitecaps ‘in discussion’ with Vancouver . . .
22 Mar, 2025
Giménez, Berríos lead Jays to win over P . . .
29 Apr, 2025
Arteta urges Arsenal to 'live the moment . . .