KUALA LUMPUR: Pemain berdarah warisan baharu negara, Hector Hevel meraih penampilan impian apabila berjaya meledak gol pertamanya hanya selepas 30 minit ketika membantu skuad Harimau Malaya menewaskan Nepal 2-0 pada aksi pertama Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Prestasi memukau ditunjukkan pemain Portimonense SC itu menyaksikan beliau diangkat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dan persembahan pemain itu turut mendapat pujian ramai penyokong bola sepak tempatan.
Malaysia NT berkongsi kemas kini mengenainya dengan berkata 'debut yang tidak mampu dilupakan. Tahniah 'Man of The Match', Hector Hevel!'.
Meninjau bahagian komen di laman rasmi Malaysia NT, majoriti penyokong tampak berpuas hati dengan kualiti ditunjukkan pemain berusia 28 tahun itu, malah ada yang menyifatkan pemain itu ibarat pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes.
Antara yang meninggalkan komen seperti itu adalah Ridzuan Musa yang berkata 'mirip Bruno Fernandes, tahniah permata baru Harimau Malaya' manakala Zack Maya berkata 'Hector ibarat Bruno Fernandes gaya dia... ni baru level A... kalau yang nak datang lagi sama level macam dia memang padu HM lepas nie.'
Luqman Hakim Ismail pula menyifatkan skuad negara kini memiliki pemain tengah yang mantap dengan komen 'Alhamdulillah sekarang ni Malaysia ada Midfielder yang ada masterclass vision untuk passing semua, gandingan beliau dengan Endrick akan semakin world class bila selalu digandingkan'.
Dominic LKV turut senada dengan Luqman Hakim apabila apabila berkata 'a very creative attacking midfielder and playmaker.. What a 1st goal..Outstanding throughball passes and ball controlling.'
Aideel Kota pula meninggalkan komen 'baik oo dia ni..dia yang menggerakkan game Malaysia harini..dia yang tentukan nak mula serangan dari mana..best best.'
Terdahulu, jaringan Hevel dan juga La'Vere Corbin Ong masing-masing pada setiap babak membolehkan skuad bimbingan Peter Cklamovksi membuka era baharu skuad kebangsaan dengan langkah kanan.
Keputusan itu menyaksikan skuad negara terikat tiga mata bersama seteru ASEAN, Vietnam namun Vietnam mendahului Kumpulan F susulan kemenangan besar 5-0 ke atas Laos.
Related News
29 Apr, 2025
Germany's Völler on Rüdiger red: 'Can't . . .
08 Apr, 2025
Sports News | Joshua Cheptegei Lines Up . . .
22 Apr, 2025
Spring sports stars: Who are the top sen . . .
31 May, 2025
Melbourne descends into chaos as thousan . . .
18 Apr, 2025
Team USA Player Appears To Drop Her Phon . . .
17 Apr, 2025
11 hidden iOS 18.4 features you need to . . .
25 Mar, 2025
Airlines 'will take legal action against . . .
05 May, 2025
The decision that is good news for the W . . .