MELAKA: Radium Development Bhd (Radium) memulakan pembinaan hospital pertama di bawah jenama Radium Healthcare di Ayer Keroh, Melaka, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha strategiknya ke arah perniagaan penjagaan kesihatan.
Hospital yang kini dikenali sebagai Radium Hospital @ Ayer Keroh (dahulunya A Famosa Specialist Hospital) adalah projek perintis Radium dalam sektor penjagaan kesihatan swasta, susulan pelancaran rasmi unit kesihatannya, Radium Healthcare Mei lalu.
Majlis pecah tanah yang diadakan secara tertutup ini disertai oleh ahli Lembaga Pengarah Radium, pihak pengurusan kanan, serta wakil daripada rakan strategik, M Life Healthcare Sdn Bhd. Ia menandakan permulaan fasa pembinaan bagi hospital rawatan tertier dengan kapasiti 140 katil.
Terletak bersebelahan Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dan kurang 4 kilometer (km) dari Lebuhraya PLUS, hospital itu direka bentuk untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap penjagaan kesihatan berkualiti di bandar-bandar tahap dua, serta menyokong aspirasi negeri dalam memperkukuh pelancongan perubatan dan perkhidmatan kesihatan serantau.
Radium Hospital @ Ayer Keroh yang dijangka mula beroperasi pada separuh pertama 2028, menawarkan pelbagai perkhidmatan perubatan dengan tumpuan kepada bidang kepakaran utama seperti traumatologi, kardiologi, ketidaksuburan dan neonatologi.
Hospital itu juga menjadi komponen utama kepada pembangunan Radium Centricity seluas 2.88 hektar, pembangunan bersepadu berasaskan kesejahteraan yang bakal merangkumi penawaran gaya hidup, hospitaliti dan perkhidmatan kesihatan sokongan dalam fasa-fasa akan datang.
Pengarah Urusan Kumpulan Radium, Datuk Gary Gan, berkata majlis pecah tanah Radium Hospital @ Ayer Keroh bukan sekadar permulaan kerja binaan, mencerminkan komitmen kumpulan untuk membina nilai jangka panjang melalui penyediaan perkhidmatan asas yang benar-benar memberi kesan kepada kehidupan masyarakat.
"Radium Hospital @ Ayer Keroh mencerminkan evolusi kami sebagai sebuah kumpulan yang membawa falsafah 'Building Good' ke dalam sektor penjagaan kesihatan demi memenuhi keperluan komuniti sebenar, sejajar dengan misi kami: Building Good, Living Well," katanya dalam satun kenyataan.
Radium Hospital @ Ayer Keroh akan dikendalikan bersama oleh M Life Healthcare Sdn Bhd, yang diterajui oleh Dr Arun Kumar, seorang profesional penjagaan kesihatan berpengalaman lebih 30 tahun dan kini menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Radium Healthcare.
"Radium Hospital bukan hanya kemudahan tetapi permulaan kepada rangkaian penjagaan kesihatan yang menumpukan kepada penjagaan berpusatkan pesakit, teknologi canggih dan akses saksama.
"Kami di sini bukan sahaja untuk membina hospital, tetapi juga ekosistem kesihatan yang menyokong kesejahteraan komuniti dalam jangka panjang," katanya.
Menurut Radium, pembinaan hospital itu akan menggunakan model pembangunan aset ringan (asset-light), dibiayai menerusi dana dalaman serta pinjaman bank.
Radium Healthcare juga akan mendapatkan akreditasi MSQH sebagai bukti komitmen terhadap standard keselamatan, kualiti dan pematuhan tertinggi.
Related News
11 Apr, 2025
I tested all the boozy Easter Eggs – a £ . . .
16 Jun, 2025
Watch FIFA Club World Cup 2025 games for . . .
31 Mar, 2025
Egypt’s Historic Gold Medal Victory at t . . .
22 Jun, 2025
Maduka Okoye storms Enugu: Super Eagles . . .
29 Jun, 2025
Israel’s Attack on Evin Prison Killed 71 . . .
18 Apr, 2025
Toblerone Dark bar discontinued as fans . . .
04 Apr, 2025
Former clean sheet specialist and Super . . .
07 Jun, 2025
US Open 2025 past results: Last 10 winne . . .