TRENDING NEWS
Back to news
30 Mar, 2025
Share:
Kane yakin Tuchel mampu jadikan England juara dunia
@Source: bharian.com.my
MUNICH: Harry Kane berkata, pengendali baharu England, Thomas Tuchel sudah mengambil langkah-langkah baik - dalam dan luar padang - untuk membantu skuad The Three Lions memenangi Piala Dunia 2026. Bercakap selepas kemenangan 3-2 Bayern Munich ke ata St Pauli dalam saingan Bundesliga, kapten England itu menegaskan tugasan antarabangsa pertamanya dengan Tuchel sangat baik. "Masih banyak yang perlu dilakukan, tetapi kami mengambil beberapa langkah baik di dalam dan luar padang yang akan membantu kami memenangi Piala Dunia," kata Kane. Kane, yang beraksi tuntuk Tuchel di Bayern musim lalu, berkata dia gembira dapat kembali bergabung dengan bekas pengendalinya itu dalam skuad kebangsaan. "Saya mempunyai hubungan baik dengannya di sini dan sangat teruja untuk kembali bekerjasama dengannya," katanya. Penyerang Bayern itu turut mempertahankan Tuchel, yang berdepan kritikan di England kerana ulasan jujurnya terhadap prestasi England kendalian Gareth Southgate di Euro 2024. - REUTERS
For advertisement: 510-931-9107
Copyright © 2025 Usfijitimes. All Rights Reserved.