LOS ANGELES: Pesuruhjaya Major League Soccer (MLS), Don Garber enggan mengulas sama ada liga itu akan mengenakan tindakan terhadap Lionel Messi selepas bintang Inter Miami dan Argentina itu menarik diri pada saat akhir daripada perlawanan All-Star hari ini.
Messi dan rakan sepasukannya, Jordi Alba sepatutnya diturunkan dalam kesebelasan utama bagi perlawanan tumpuan di Austin, yang menyaksikan gabungan pemain terbaik MLS menentang pasukan All-Star dari Liga MX Mexico.
Namun, berita tersebar Miami memaklumkan kepada MLS kedua-dua pemain itu tidak akan beraksi pada perlawanan berkenaan, tanpa memberikan sebab yang jelas.
Penarikan diri pada saat akhir itu menyebabkan Messi dan Alba berdepan penggantungan satu perlawanan daripada MLS.
Menurut peraturan liga, pemain yang dipilih bagi perlawanan All-Star wajib mengambil bahagian kecuali mereka mempunyai alasan yang sah seperti kecederaan.
Bagaimanapun, Garber enggan mengulas mengenai kemungkinan penggantungan Messi susulan ketiadaannya yang mencetuskan kontroversi.
Beliau tidak menyatakan sama ada liga akan tetap mengenakan tindakan terhadap bintang paling berprofil tinggi itu, yang kini berkemungkinan terlepas aksi menentang FC Cincinnati hujung minggu ini.
"Apa-apa yang akan berlaku berkaitan hujung minggu ini, kami tidak akan bincangkannya hari ini," kata Garber kepada wartawan.
"Perlawanan itu hanya berlangsung hujung minggu nanti, jadi tiada keperluan untuk jawab sekarang. Kami sedang menguruskan perkara ini pada ketika ini."
Walaupun Messi, 38, tidak menunjukkan sebarang tanda kecederaan ketika menjaringkan dua gol dalam kemenangan Miami ke atas New York Red Bulls hujung minggu lalu, Garber menyatakan bintang Argentina itu baru saja mengharungi jadual perlawanan yang padat.
Messi bermain sembilan perlawanan dalam tempoh 35 hari - empat dalam Piala Dunia Kelab dan lima lagi dalam kejohanan domestik - dan beraksi penuh 90 minit dalam setiap perlawanan.
"Miami mengharungi jadual yang tidak sama dengan pasukan lain," kata Garber.
"Kebanyakan pasukan lain mendapat rehat 10 hari. Miami tidak. Jadi kami sebagai liga perlu menguruskannya."
Namun Garber turut menambah: "Pada masa yang sama, kami ada peraturan. Kami juga perlu uruskan perkara itu. Sudah tentu kami mahu Leo berada di sini dan begitu juga setiap pemain lain yang dipilih." – AFP
Related News
17 Mar, 2025
Sindhu, Lakshya hope to regain form at S . . .
25 Mar, 2025
‘90 Day: The Last Resort’: Stream season . . .
16 Aug, 2025
Top Indian shooters set for Asian Champi . . .
30 Apr, 2025
Trump signs executive order to lessen ta . . .
30 May, 2025
Julie Chrisley Reveals Stunning Prison T . . .
26 Mar, 2025
Dodgers’ Mookie Betts returns in Freeway . . .
04 Jul, 2025
Players In UEFA Women’s Euro Squads Conc . . .
23 Jun, 2025
Here's a first look at the trailer for t . . .