PARIS: Harapan terakhir Manchester United untuk menyelamatkan musim penuh derita mereka bergantung kepada Liga Europa dengan kejayaan pada pertandingan itu amat penting untuk membantu United khususnya dari segi kewangan dalam misi membentuk semula pasukan bimbingan Ruben Amorim itu.
United akan berkunjung ke Lyon untuk aksi suku akhir pertama Liga Europa, awal pagi Jumaat buat kali pertama sejak kali terakhir mereka bertemu pada pusingan 16 Liga Juara-Juara edisi 2008.
Amorim mengakui anak buahnya perlu tampil dengan lebih baik selepas mereka dijangka menamatkan musim ini di tangga terburuk Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam tempoh 35 tahun.
Liga Europa memberikan 'pintu belakang' untuk mereka layak ke Liga Juara-Juara musim depan namun kegagalan di Liga Europa bakal memberikan impak besar kepada situasi kewangan pasukan itu.
"Banyak perkara yang perlu kita lakukan ketika ini dan pada musim ini, Liga Europa begitu penting," kata Amorim.
"Kita boleh beraksi di Liga Juara-Juara musim depan jika kita menang di sini (Liga Europa), Jadi kita perlu lakukan apa sahaja untuk mara ke pusingan seterusnya."
"Kita sedang bergelut bagi memastikan musim depan akan menjadi lebih baik, jadi itu adalah sasaran kita," kata Amorim pada minggu lalu dengan dia menegaskan 'kita perlu bergerak dengan lebih pantas.'
Amorim akan berdepan seteru yang tidak asing lagi di Lyon iaitu Paulo Fonseca yang ketika ini membawa Lyon meraih lapan kemenangan dalam 10 aksi terakhir meskipun Fonseca tidak berada bersama pasukan pada hari perlawanan.
Fonseca digantung daripada berada di kawasan teknikal bagi saingan Ligue 1 sehingga 1 November selepas bertengkar dengan pengadil pada bulan lalu namun penggantungan itu tidak dikuatkuasakan untuk aksi Liga Europa.
Meskipun bintang pasukan itu, Rayan Cherki dikaitkan dengan perpindahan keluar selepas Lyon berdepan isu kewangan namun Cherki menegaskan tumpuannya ketika ini adalah untuk membantu pasukan itu mencipta kemenangan.
"Kami akan bermain dengan penuh keyakinan dan untuk meraih kemenangan," kata Cherki.
"Kami sudah bersedia dan ini adalah pertempuran. Kami perlu bersedia seperti pergi berperang." -AFP
Related News
27 Apr, 2025
What is the London Marathon women’s reco . . .
24 Mar, 2025
USMNT vs. Canada player ratings: Pochett . . .
16 Mar, 2025
Manchester United XI vs Leicester: Predi . . .
01 Apr, 2025
Blow for Man City as Haaland set for spe . . .
03 Apr, 2025
Jose Mourinho grabs Galatasaray manager . . .
05 May, 2025
Heydar Aliyev Foundation VP Leyla Aliyev . . .
26 Mar, 2025
EXCLUSIVE: Dundee University principal w . . .
27 Apr, 2025
2010 US Open Golf balls