LIVERPOOL, England: Virgil van Dijk menjangkakan Liverpool akan berbelanja besar dalam pasaran perpindahan pada musim panas ini ketika dia dilaporkan hampir menandatangani perjanjian yang akan memastikan masa depannya di Anfield.
Anak buah Arne Slot berada di ambang untuk menyamai rekod 20 kejuaraan liga Inggeris selepas menang 2-1 di laman sendiri ke atas West Ham kelmarin, yang mana Van Dijk menjaringkan gol kemenangan.
Mereka mendahului 13 mata di depan pasukan tangga kedua Arsenal dengan hanya berbaki enam perlawanan dan boleh memastikan kejuaraan hujung minggu depan jika keputusan memihak kepada mereka.
Masa depan Van Dijk sendiri dijangka diputuskan minggu ini, dengan pengumuman kontrak dua tahun untuk menyamai perjanjian baharu Mohamed Salah.
Penyerang Federico Chiesa satu-satunya pemain yang dibeli tahun lalu tetapi dia jarang tampil dan pengurus Liverpool, Slot teruja untuk memperkukuhkan skuadnya.
"Saya fikir Liverpool patut mampu mencabar kejuaraan bagi tempoh beberapa tahun akan datang," kata Van Dijk, yang mengetuai pasukan bagi kali ke-100 dalam liga ketika menentang West Ham.
"Apa pun yang berlaku dari segi pemain datang, pemain pergi, saya fikir ia sepatutnya musim panas yang besar. Saya fikir mereka bercadang untuk berbelanja besar pada musim panas, jadi kami harus mempercayai ahli lembaga untuk melaksanakan tugas dengan tepat.
"Saya fikir 100 peratus kami boleh meningkat. Saya rasa kami tidak patut melupakan kualiti Liga Perdana, terutamanya musim ini. Ia luar biasa bagaimana setiap kelab boleh mengalahkan mana-mana pasukan."
Pemain antarabangsa Belanda berusia 33 tahun itu berkata, Liverpool akan mendapat manfaat daripada pramusim, dengan tiada kejohanan utama antarabangsa berlangsung tahun ini.
"Tahun ini, ada kem latihan dan ada masa buat pasukan untuk melaksanakan apa yang dimahukan pengurus dan saya fikir ia akan meningkatkan pasukan secara keseluruhan," katanya. – AFP
Related News
17 Apr, 2025
Naxalism to End by March 2026, Says Amit . . .
08 Apr, 2025
Cricketer Kedar Jadhav joins BJP
26 Aug, 2025
AEW News & Rumor Roundup: Top name spott . . .
10 Mar, 2025
Harry Potter star leaves fans stunned af . . .
02 May, 2025
RCB vs CSK IPL 2025, Bengaluru Weather, . . .
18 Jul, 2025
Matt Hardy addresses "salty" Goldberg re . . .
02 Apr, 2025
Up to seven Munster senior hurling games . . .
21 Jul, 2025
Knueppel scores 21 as Hornets win first . . .