ORLANDO: Flamengo diikat 1-1 oleh Los Angeles FC pada perlawanan terakhir Kumpulan Di Piala Dunia Kelab, tetapi kelab Brazil itu tetap mara ke pusingan kalah mati sebagai juara kumpulan.
Denis Bouanga meletakkan kelab Major League Soccer itu di depan pada minit ke-84 tetapi pemain gantian, Wallace Yan menyamakan kedudukan dua minit kemudian.
Sebagai juara kumpulan, Flamengo akan bertemu naib juara Kumpulan C, Bayern Munich pada pusingan 16 akhir di Miami pada Ahad.
Dengan kedudukan sebagai juara kumpulan sudah disahkan, pengendali Flamengo, Filipe Luis melakukan tujuh pertukaran ke atas kesebelasan utamanya tetapi masih mampu mengekalkan rentak bertenaga yang menewaskan Chelsea serta Esperance.
Tuan rumah yang sudah tersingkir selepas tewas dua perlawanan pertama, membuka jaringan menerusi Bouanga yang menerima bola sepakan percuma Tom Tillman. Ia adalah gol pertama LAFC pada kejohanan itu.
Jorginho, yang dimasukkan beberapa minit sebelum jaringan Bouanga, memastikan kedudukan kembali seimbang apabila hantarannya menemui Yan yang menewaskan empat pertahanan sebelum membolosi gawang dikawal Hugo Lloris. - REUTERS
Related News
02 Jun, 2025
Sports News | Icy-cold, Brutal: Shreyas . . .
24 Jul, 2025
Delhi government declares Anupam Kher’s . . .
15 Jul, 2025
Sam Kerr photos emerge amid sad Matildas . . .
21 Apr, 2025
Virat Kohli Makes Heartwarming Gesture, . . .
16 Jul, 2025
Fortnite Fortress of Solitude: Where to . . .
10 Jul, 2025
If you haven't upgraded to Windows 11 24 . . .
16 May, 2025
NBA Trade Rumors: Warriors signing Bucks . . .
22 Jun, 2025
Olivia Attwood on her facelift plans, th . . .