LONDON: Tottenham Hotspur sedang menimbang tawaran perpindahan bernilai £15 juta (RM85 juta) daripada kelab Major League Soccer (MLS), Los Angeles FC untuk mendapatkan kapten pasukan, Son Heung Min.
Bintang Korea Selatan itu kini dikaitkan dengan perpindahan keluar dari London utara, dengan masa depannya bersama Spurs dilaporkan semakin tidak menentu.
Tottenham yang kini di bawah kendalian pengurus baharu, Thomas Frank giat melakukan aktiviti dalam jendela perpindahan musim panas kali ini.
Mereka sudah membeli penyerang West Ham, Mohammed Kudus dan turut berminat terhadap pemain tengah Nottingham Forest, Morgan Gibbs-White.
Difahamkan Spurs bersedia menerima tawaran sekitar £15 juta hingga £20 juta (RM113 juta) untuk pemain berusia 33 tahun itu, yang mengemudi kemenangan Liga Europa musim lalu.
Namun begitu, sebarang perpindahan ke MLS masih bergantung kepada persetujuan Heung Min sendiri, yang dikatakan sedang terbabit secara langsung dalam rundingan dengan semua pihak.
Heung Min juga mungkin memilih untuk kekal dan terus bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama di Stadium Tottenham Hotspur musim depan.
Bagaimanapun, perpindahan tidak akan berlaku dalam masa terdekat kerana Heung Min dijangka kekal bersama skuad Spurs sekurang-kurangnya hingga tamat jelajah pramusim kelab di Asia.
Tottenham dijadual menentang Newcastle United di Seoul pada 3 Ogos, selepas aksi menentang Arsenal bagi pertembungan musuh tetangga London utara di Hong Kong.
Menurut laporan The Sun, jika Spurs menjual Heung Min sebelum perlawanan menentang Newcastle, mereka akan kehilangan sehingga 75 peratus daripada bayaran penampilan jelajah pramusim, menjadikan sebarang perpindahan lebih menguntungkan sekiranya berlaku selepas perlawanan itu. – AGENSI
Related News
17 May, 2025
Chase named Windies Test captain despite . . .
21 Mar, 2025
Bizarre moment Russian troops use E-SCOO . . .
12 Jun, 2025
The Professor with golden touch plots mo . . .
20 Jul, 2025
How TV Shows Like ‘The X-Files’ Trained . . .
24 Apr, 2025
Anderson Peters, Thomas Rohler among sta . . .
30 Apr, 2025
Blake Lively and Ryan Reynolds' friends . . .
02 Aug, 2025
LIVE: Australia v British & Irish Lions, . . .
19 May, 2025
‘You’re winding me up’ says Ireland AM s . . .