LONDON: Chelsea mensasarkan penyerang berbisa Liga Perdana Inggeris bagi mempertajamkan jentera serangannya.
The Blues sudah membelanjakan 173 juta pound (RM983.89 juta) untuk penyerang pada jendela perpindahan musim panas ini - menandatangani Joao Pedro, Jamie Gittens, Liam Delap, dan Estevao Willian.
Tetapi pengendalinya, Enzo Maresca masih belum berpuas hati dan mahu terus menambah kekuatan barisan hadapannya selepas kejayaan di Piala Dunia Kelab.
Antara penyerang yang berada dalam radar Maresca ialah bintang Aston Villa, Morgan Rogers.
Villa menandatangani Rogers dari Middlesbrough pada Januari tahun lalu tetapi dengan kontraknya masih berbaki lima tahun, Chelsea mungkin perlu berbelanja besar untuk mendapatkan pemain yang meledak 14 gol dan membantu 15 lagi musim lalu.
Bagi menampung kos membawanya ke Stamford Bridge, Chelsea mungkin perlu melepaskan Nicolas Jackson - mungkin ke Villa Park.
Penyerang 24 tahun dari Senegal itu tiba dari Villarreal dua tahunn lalu, tetapi kedudukannya semakin tercicir selepas ketibaan Pedro dan Delap.
Jackson menjaringkan 30 gol sepanjang dua tahun di Chelsea, tetapi masih dianggap belum cukup tajam untuk membantu kelab bersaing memburu gelaran Liga Perdana Inggeris.
Manakala impak Rogers di Villa musim lalu cukup besar dan mampu membawa pengalaman Liga Juara-Juara Eropah kepada skuad muda Maresca.
Rogers juga cukup rapat dengan bintang Chelsea, Cole Palmer yang bersamanya sejak di akademi Manchester City. Malah gaya 'kesejukan' Palmer ketika meraikan gol adalah ideanya.
Dia turut mengenali Delap dari City dan skuad bawah 21 tahun England, dan pernah bergandingan dengan Gittens di bawah bimbingan Lee Carsley. - AGENSI
Related News
26 Jun, 2025
How ChatGPT and other AI tools are chang . . .
02 Jun, 2025
NDC will lose 2028 elections if Mahama f . . .
15 Jun, 2025
iOS 26 Messages: 7 biggest changes you n . . .
31 May, 2025
Fan displays Virat Kohli's jersey during . . .
16 Mar, 2025
IOC and Comcast NBCUniversal agree on gr . . .
01 Jul, 2025
Eighties movie star unrecognisable in ra . . .
25 Jul, 2025
Turkmenistan showcases automotive equipm . . .
19 Mar, 2025
Urbanfund Corp. Declares Dividend