Back to news
Marriott Executive Apartments Kuala Lumpur tawar kehidupan mewah
@Source: bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Marriott Executive Apartments (MEA) secara rasmi Marriott Executive Apartments Kuala Lumpur, hotel yang menggabungkan kehidupan mewah dan perkhidmatan peribadi.
Naib Presiden Serantau Malaysia & Indonesia Marriott International, Ramesh Jackson, berkata Marriott Executive Apartments Kuala Lumpur adalah MEA kedua di Malaysia dan yang terbesar di Asia Pasifik (tidak termasuk China).
Beliau berkata, terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, hartanah itu menawarkan 353 pangsapuri servis yang dihias elegan daripada studio bergaya hingga penginapan tiga bilik tidur yang luas.
Katanya, ia turut menawarkan piawaian baharu dalam gaya hidup pangsapuri, untuk penginapan jangka masa pendek mahupun jangka panjang.
"Jenama MEA memenuhi satu keperluan penting rumah untuk pengembara yang mahukan ruang, privasi, dan keselesaan seperti kediaman sendiri, digandingkan dengan layanan mesra, perkhidmatan, dan kemudahan hotel premium.
"Di sebuah bandar seperti Kuala Lumpur yang dinamik, berbilang budaya, dan terhubung dengan dunia, janji ini memberi makna yang lebih mendalam," katanya selepas majlis perasmian Marriott Executive Apartments Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Hap Seng Consolidated Bhd, Thomas Karl Rapp.
Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Hap Seng, Datuk Edward Lee Ming Fo; Pengarah Hap Seng Property, Manfred Weber; Naib Presiden Pasaran Malaysia Marriot International, George Varughese dan Pengurus Besar Marriott Executive Apartments Kuala Lumpur, Grant Young.
Mengulas lanjut, Ramesh berkata, pembukaan MEA itu juga menandakan hotel kumpulan yang ke-58 di Malaysia di bawah portfolio Marriott Bonvoy.
Beliau berkata, disokong oleh rangkaian projek baharu dan penukaran hartanah sedia ada, jumlah itu dijangka meningkat kepada 62 menjelang akhir tahun ini, sekali gus berada di landasan tepat mencapai 75 hotel dalam tempoh dua tahun akan datang.
"Hartanah ini adalah hasil daripada visi jelas pemilik kami serta ketelitian dan kepakaran pasukan projek mereka dan rakan kongsi daripada arkitek dan pereka bentuk hinggalah jurutera dan pembina.
"Bersama mereka, kami di Marriott International berbesar hati untuk merealisasikan visi tersebut," katanya.
Related News
28 Jul, 2025
IShowSpeed hints at purchasing football . . .
14 Jun, 2025
Frazzled Shane Lowry forgets to mark bal . . .
17 Jul, 2025
NHL 2025-26 regular season schedule: Dat . . .
30 Jul, 2025
Ladies RH Aspire M5 Hybrid
13 Mar, 2025
گل اول خیبر به چادرملو
28 Jun, 2025
លោក ហេង សួរ ឯកភាពជាមួយ CDRI ដើម្បីស . . .
30 Apr, 2025
Dublin pitted against Connacht champions . . .
26 Aug, 2025
Frank Sinatra’s journey from crooner to . . .