Back to news
Meski tak tanding, Sanusi ajak ‘tamat riwayat’ DAP bermula di Ayer Kuning
@Source: freemalaysiatoday.com
Pengarah pilihan raya PN itu berkata gerakan menyekat kemaraan DAP perlu bermula pada PRK esok dengan menewaskan Barisan Nasional (BN) yang mendakwa kedua-duanya kini bersekongkol di atas nama kerajaan perpaduan.
Pemimpin PAS itu turut menafikan dakwaan partinya dan Bersatu bertanggungjawab meniup api perkauman, sebaliknya DAP.
“Calon BN duduk dengan DAP hari ini, parti yang bahaya, cauvinis dan perkauman…mereka tampil dengan lidah yang lembut tetapi percayalah sejarah telah menunjukkan penubuhan DAP menyebabkan negara semakin panas dengan perkauman.
“Tolak BN di Ayer Kuning untuk kita tamatkan riwayat politik DAP dan untuk wujudkan semula keharmonian antara kaum di negara ini,” kata menteri besar Kedah itu ketika berucap pada ceramah mega PN di Taman Golf, Bidor, malam tadi.
PRK Ayer Kuning esok menyaksikan pertembungan calon PN Abdul Muhaimin Malek, Mohamad Yusri Bakir (BN) dan KS Bawani dari Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Sanusi turut menjelaskan dirinya tidak memusuhi mana-mana kaum termasuk cuba memainkan isu perkauman sambil mendedahkan datuknya berasal dari China dan berkahwin dengan neneknya seorang Melayu.
“Tetapi sejak tertubuhnya sebuah parti pada 1963 (tidak sebut nama), titik kepanasan antara kaum mula terasa dan kemuncaknya pada 1969 tercetus peristiwa 13 Mei.
“Parti itu sekarang dapat banyak kerusi…ada 40 kerusi Parlimen (menyebabkan) tekanan antara kaum tercetus semula. Muncul keberanian (pihak tertentu) menanggalkan bulan sabit sebagai lambang kepada Islam pada Jalur Gemilang.
“Nampak macam silap tapi perasaan kita mengatakan ini semua perbuatan disengajakan,” dakwa Sanusi merujuk insiden pemaparan Jalur Gemilang tidak sempurna tanpa menyebut nama atau organisasi terbabit.
Sebagai rekod, minggu lalu Sin Chew memohon maaf di atas pemaparan Jalur Gemilang di akhbar itu selain sebuah syarikat dari Singapura yang menyertai pameran di Kuala Lumpur.
Semalam, Kementerian Pendidikan memohon maaf atas kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam laporan analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.
Dalam laporan itu terkandung gambar pelajar dalam kelas dengan Jalur Gemilang tergantung di dinding yang memaparkan dua bintang, bukan satu. Selain itu, bendera terbabit hanya mempunyai lapan jalur merah dan putih, bukan 14 seperti sepatutnya.
Related News
10 Feb, 2025
Night roadworks to begin on Khalsa Road
31 Mar, 2025
Asking Eric: Aging guy wants to ‘knock i . . .
29 Jun, 2025
Don’t know how funny that gag is – Sione . . .
24 Jul, 2025
Tributes paid to Ireland’s first female . . .
13 Mar, 2025
The Puerto Rican Independence Symbols Hi . . .
18 Aug, 2025
La recette du succès de Mathieu Olivier
15 Jul, 2025
Questions Raised Over Bird Flu Detection
26 Jun, 2025
FTC issues $126 million in Fortnite refu . . .