MIAMI: Bintang Inter Miami, Lionel Messi cedera di bahagian paha dan bakal terlepas aksi kelayakan Piala Dunia bersama Argentina.
Messi menjaringkan gol dan bermain 90 minit penuh ketika kemenangan 2-1 ke atas Atlanta United pada Ahad lalu. Dia mengadu kurang selesa dan disahkan cedera ringan di otot pahanya.
Messi tidak akan bersama Argentina dalam aksi kelayakan menentang Uruguay pada Jumaat dan Brazil pada Selasa.
"Sangat malang terlepas perlawanan istimewa ini bersama skuad kebangsaan Argentina menentang Brazil dan Uruguay.
"Seperti selalu, saya mahu berada di sana tetapi kecederaan saat akhir menghalang saya. Tetapi saya akan menyokong dari sini sebagai peminat. Ayuh Argentina!" kata Messi.
Inter Miami cuba mengehadkan penampilan Messi walaupun berdepan jadual padat untuk musim 2025. Setakat ini kelab Major League Soccer itu sudah beraksi lapan perlawanan sejak 19 Februari, termasuk empat aksi Piala Juara-Juara CONCACAF.
Messi memulakan empat daripada lapan perlawanan berkenaan, terlepas dua dan masuk sebagai pemain gantian dalam dua lagi perlawanan.
Pemain 37 tahun itu sudah meledak empat gol dalam semua pertandingan musim ini.
Menurut laporan, Inter Miami dan Argentina berganding bahu dalam memastikan berapa kerap Messi boleh bermain untuk kelab.
Belum dapat dipastikan sama ada Messi boleh beraksi untuk perlawanan Inter Miami seterusnya, menentang Philadelphia Union pada 29 Mac. - REUTERS
Related News
04 May, 2025
Yankees’ No. 1 prospect, 2 unranked slug . . .
22 Jul, 2025
Brisbane news live: Free flu jabs under . . .
23 Mar, 2025
Yankees star Brett Gardner announces ‘be . . .
21 Aug, 2025
Sonia O'Sullivan criticises Rhasidat Ade . . .
04 May, 2025
Ladies LH Nancy Lopez 3 Wood
21 Apr, 2025
How John Daly Makes Nearly $1M at The Ma . . .
03 Aug, 2025
Shady foreign leaders are pouncing on Tr . . .
05 Apr, 2025
Fabric of fear