Back to news
Mohamed Izzad, Mohd Firdaus kuasai kelayakan di Johor, Melaka saingan PNAGS 2025
@Source: bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Saingan Siri Golf Amatur Nasional Perodua (PNAGS) 2025 kembali lagi selepas dua bulan berehat sempena Ramadan dan sambutan Aidilfitri dengan sesi kelayakan diteruskan di Johor dan Melaka, baru-baru ini.
Pusingan kelayakan Johor kali ini diadakan di The Els Club Desaru Coast manakala saingan di Melaka di A' Famosa Golf Resort. Semua Pemenang bagi kedua-dua pusingan ini layak ke pusingan akhir kebangsaan di Saujana Golf & Country Club.
Pemenang bagi kategori A saingan di Johor menjadi milik pemain empat handicap, Mohamed Izzad Ibrahim Jagkeira dari Kajang menerusi catatan 67 nett manakala kategori B dimenangi bekas juara kelayakan di Sarawak, Ivan Lim Jen Jean (8 hcp) dengan 68 nett.
Kategori C pula menyaksikan penguasaan pemain 11 handicap, Azhar Mohamad Noor dengan catatan 68 nett manakala kategori D dan E masing-masing dimenangi Mohd Zaid Mohd Nor (16 hcp) dan Mohd Azmie Lahad (25 hcp) dengan catatan 68.
Dalam pada itu, bagi pusingan kelayakan Melaka, pemenang kategori A menjadi milik pemain tiga hcp dari Kelantan, Mohd Firdaus Che Mohd Sabri dengan catatan pukulan 69 nett.
Bagi kategori B pula, ia dimenangi pemain handicap 10, Ishak Ab Rahman dengan catatan pukulan 69 nett manakala kategori C dikuasai
Muhammad Nazri Mahat (14 hcp) dengan catatan 68 nett.
Muhammad Nazri Mahat (14hcp) pula menguasai kategori C dengan catatan 68 nett manakala pemain 16 handicap, Mohamad Syarifudin Zainal dan Mohamad Murtazdha Azdha Jaapar (21 hcp) masing-masing memenangi kategori D dan E dengan catatan 68 nett.
Pengerusi Penganjur PNAGS 2025, Lokman Ishak berkata semua pemenang bagi kelima-lima kategori layak untuk saingan final di Subang pada September ini.
"Selepas ini, pusingan kelayakan seterusnya akan diadakan 11 lokasi lagi sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai pemain untuk layak ke pusingan final September ini," katanya.
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang di kedua-dua lokasi disempurnakan oleh Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.
Penganjuran PNAGS 2025 diperakukan oleh Persatuan Golf Malaysia (PGM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta mendapat sokongan Tourism Malaysia.
Related News
13 Mar, 2025
Injured Rahul Dravid joins Rajasthan Roy . . .
22 Apr, 2025
Vatican releases pictures of Pope Franci . . .
09 Mar, 2025
King Charles adds Davido to exclusive mu . . .
13 Mar, 2025
Nick Frost lifted the World Cup as a boy . . .
27 Apr, 2025
Browns execs raise eyebrows with reactio . . .
28 Mar, 2025
'Here we are again': The double tragedy . . .
20 Feb, 2025
МАКЕДОНИЈА ГИ ЗГОЛЕМУВА ТРОШОЦИТЕ ЗА ОДБ . . .
15 Mar, 2025
Crew Launch To ISS Paves Way For 'Strand . . .