KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Noki tidak menolak andai ditakdirkan bertemu jodoh dalam kalangan wanita kelahiran Pantai Timur, suatu hari nanti.
Noki atau nama sebenarnya, Ahmad Ikhwan Aji, memberitahu dia tertarik untuk memperisterikan wanita dari Pantai Timur kerana terpikat dengan kecantikan semula jadi yang dimiliki.
"Memang ada yang bertanya sebelum ini saya suka wanita dari negeri mana? Kalau diberi pilihan, saya suka wanita Kelantan dan Terengganu.
"Saya tengok kebanyakan wanita bertudung, berwajah campuran dan cantik manis, biasanya berasal dari Pantai Timur," katanya ditemui majlis ramah mesra dan berbuka puasa Stars Powerhouse Entertainment di sebuah hotel, di sini, baru-baru ini.
Dalam pada itu, anggota kumpulan K-Clique itu memaklumkan dia akan meraikan Aidilfitri yang bakal menjelang di Pantai Timur.
Bagaimanapun, Noki menafikan sudah mempunyai 'buah hati' di Pantai Timur.
"Saya tak ada kekasih di sana. Cuma, saya teruja nak merasai pengalaman berhari raya di Kelantan dan Terengganu. Secara kebetulan, ada kawan ajak beraya di kampungnya sebab saya tak balik Sabah.
"Saya pun tak pernah beraya di sana, jadi teringin juga rasa pengalaman beraya di tempat orang. Saya dengar sangat meriah.
"Manalah tahu, tiba-tiba terjumpa jodoh di sana bolehlah jadi calon isteri," guraunya sambil tertawa.
Pada usia mencecah angka 31 tahun, pelakon Reeza GTR itu nyata sudah bersedia untuk menggalas gelaran suami.
Memandangkan jodohnya masih belum tiba, Noki mengharapkan semua dapat mendoakan yang baik-baik untuknya.
"Saya memang sudah lama bersedia nak kahwin. Perasaan itu timbul juga disebabkan melihat anggota kumpulan K-Clique ramai yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak.
"Seronok melihat masing-masing menjalankan tanggungjawab sebagai bapa walaupun ketika bekerja, Tapi nak buat macam mana, jodoh saya belum sampai.
"Keluarga memang tak kisah saya pilih orang mana, asalkan bertudung dan menutup aurat. Bukan cakap yang tak bertudung itu tak boleh nak ubah,
"Cuma lebih senang jika wanita itu sudah bertudung kerana faham agama. Saya pun mahu seorang wanita yang boleh membawa ke jalan baik sebab saya tahu diri saya pun tak kuat dan mudah terpengaruh," ungkap Noki.
Related News
09 Aug, 2025
Dustin Johnson, Sergio Garcia share lead . . .
25 Mar, 2025
RR Vs KKR, IPL 2025 Today's Match: Previ . . .
18 Apr, 2025
Top-ranked Aussie stumbles in bid for LA . . .
14 Jun, 2025
Nintendo Switch 2 beats PS4 to set sales . . .
04 May, 2025
Meet Greg Abel, the executive Warren Buf . . .
25 May, 2025
Governor of Iranian central bank travels . . .
20 Jun, 2025
Max Johnson gives golf lessons to girlfr . . .
25 Jun, 2025
Pharrell Williams brings Indian inspirat . . .