SPA FRANCORCHAMPS (Belgium): Pemandu McLaren, Lando Norris akan memulakan Grand Prix (GP) Belgium dari petak pertama selepas mencatat masa terpantas dalam sesi kelayakan di Litar Spa-Francorchamps.
Rakan sepasukannya Oscar Piastri, turut menemani di barisan hadapan, menjadikannya ia kali ke-68 McLaren menguasai barisan depan dalam sejarah perlumbaan Formula Satu (F1).
Pemandu Ferrari, Charles Leclerc pula bakal memulakan perlumbaan esok dari barisan kedua bersama wakil Red Bull, Max Verstappen.
Norris yang memenangi dua perlumbaan sebelum ini bakal menyertai perlumbaan esok dengan defisit sembilan mata di belakang Piastri dalam carta keseluruhan pemandu.
"Hari ini saya berlumba dengan penuh keyakinan, jadi ia sesuatu yang bagus apabila berada di petak utama," kata Norris.
Terdahulu, Verstappen memenangi perlumbaan pecut di hadapan duo McLaren berkenaan.
Related News
14 Jul, 2025
F1 veteran weighs in on George Russell’s . . .
10 May, 2025
2025 Ford F-550 Chassis XLT
20 Apr, 2025
Oldest astronaut lands back on Earth on . . .
16 Jun, 2025
'They said it was Ireland v Bulls. We sa . . .
09 Jun, 2025
‘Ticking timebomb’: sea acidity has reac . . .
25 Mar, 2025
Jade Goody's mum breaks silence as Jeff . . .
13 Apr, 2025
The 1% Club viewers left fuming as playe . . .
03 Jun, 2025
PCB makes it mandatory for centrally con . . .