KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita beberapa hartanah dianggar bernilai lebih RM620 juta dalam siasatan Op Fibre membabitkan pinjaman sebuah bank.
Antara hartanah yang disita ialah banglo, kondominium, premis pejabat, lot tanah dan kelab golf di sekitar Lembah Klang.
Turut disita, empat unit kenderaan mewah bernilai kira-kira RM2 juta.
Siasatan Op Fibre dibuat sejurus kelulusan pembiayaan pinjaman institusi perbankan kepada sebuah syarikat membabitkan projek pembangunan rangkaian gentian pada 2012 bernilai kira-kira RM400 juta.
Sumber berkata, suspek dipercayai pemegang saham dalam kelab golf.
"SPRM membekukan 72 akaun meliputi akaun persendirian dan syarikat, dengan nilai kira-kira RM390,000," katanya..
BH difahamkan, SPRM turut merakam percakapan sembilan saksi bagi membantu siasatan.
Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK), Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin, ketika dihubungi mengesahkan sitaan itu dan berkata notis Pengisytiharan Harta di bawah S.36(1) Akta SPRM 2009 akan diserahkan kepada suspek dan 23 individu mulai hari ini.
Sebelum ini, BH melaporkan, sebuah bank tempatan yang ada kaitan dengan kerajaan dipercayai kerugian sekurang-kurangnya RM400 juta selepas pinjaman yang dikeluarkan kepada sebuah syarikat penyedia rangkaian kemudahan telekomunikasi bagi melaksanakan projek diseleweng.
Bank terbabit mengeluarkan pinjaman kepada syarikat itu bagi melaksanakan kemudahan kabel gentian optik yang nilai sekitar RM1.3 bilion, 13 tahun lalu tetapi projek berkenaan tidak pernah bermula.
BH difahamkan, projek swasta itu berkaitan pemasangan talian gentian optik di kawasan pantai Semenanjung sejauh 30,000 kilometer, bertujuan meningkatkan keupayaan jalur lebar Malaysia termasuk menghubungkan negara Asia Tenggara ketika itu.
Sumber berkata, dana pinjaman dipercayai tidak digunakan untuk melaksanakan projek, sebaliknya dipindahkan kepada empat entiti bagi kegunaan lain dalam tempoh beberapa tahun.
Related News
27 Mar, 2025
Metropole Hotel Signs Up as Sponsor of C . . .
18 Mar, 2025
McIlroy wins Players Championship
16 Mar, 2025
Trump’s new Aussie neighbour revealed
11 Aug, 2025
2609 Wild Horse Dr OPEN HOUSE
23 Feb, 2025
New Chairman of CARICOM Sub-committee on . . .
21 Mar, 2025
Goretzka goal earns Germany 2-1 win in I . . .
01 Jul, 2025
Saint Lucia’s Senate President: Majority . . .
11 Feb, 2025
Jasprit Bumrah Ruled Out of 2025 Champio . . .