Oleh Mohd Rafi Mamat
sukan@hmetro.com.my bhsukan@bh.com.my
Pic Mohd Rafi Mamat
Kuantan: Pahang Rangers FC menundukkan Kedah 8-3 pada perlawanan ke 12 saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) Divisyen 1 musim 2025 di Stadium Tertutup Sukpa, semalam.
Ketinggalan 1-2 pada babak pertama tidak mematahkan semangat barisan pemain tuan rumah untuk bangkit menghasilkan tujuh gol walaupun tanpa kelibat tonggak utama Ahmad Harith Na'im Mohd Nasir dan Matheus Moura yang mengalami kecederaan.
Pemain import Pahang Rangers, Felipe de Souza meledakan empat gol pada minit ke-14, 25, 28 dan 29, turut menghasilkan jaringan Muhammad
Razin A Rahim (25), Akmarulnizam Mohd Idris (32 dan 38) dan Ahmad Khairulaiman Zahid (40).
Tiga gol pelawat sumbangan Muhammad Syarifuddin Md Akhir pada minit ke-16 dan 18 dan pemain import, Takeshi Higuchi (36).
Ketua jurulatih Pahang Rangers, Luis Fonseca berkata, selepas melalui dua perlawanan yang berakhir dengan kekalahan akhirnya Pahang Rangers berjaya mencatat kemenangan bergaya 8-3 keatas Kedah di gelanggang sendiri semalam walaupun tanpa kehadiran penyokong yang ramai.
Menurutnya, kemenangan semalam ternyata menjadi penyuntik semangat baharu kepada pemain yang mula tumpuan mereka terjejas selepas menerima dua kekalahan seterusnya menyebabkan buruan juara liga semakin jauh.
"Pada perlawanan semalam saya lihat pemain Pahang Rangers lambat panas terutama pada babak pertama apabila ketinggalan 1-2, perlawanan banyak dikawal oleh pasukan pelawat yang begitu bersemangat memburu kemenangan.
"Ketiadaan Ahmad Harith Na'im dan Moura turut menjejaskan persembahan pasukan, kebangkitan pada babak kedua pantas berlaku apabila tujuh jaringan dapat dilakukan hingga berjaya menutup ruang pasukan pelawat daripada terus menyerlah," katanya, di sini hari ini.
Beliau menambah, persembahan bertenaga dipamerkan Souza yang menyumbang empat gol turut mencetuskan kemenangan Tok Gajah yang memerlukan kemenangan untuk membaiki kedudukan dalam liga musim ini.
Fonseca berkata, misi seterusnya Tok Gajah selepas ini mencatat kemenangan baki dua perlawanan liga di gelanggang lawan tertemu Selangor FC dan Malaysia University FT pada 5 dan 12 Julai depan.
"Saya berharap sekurang-kurangnya Pahang Rangers mampu berada ditangga kedua liga musim ini selepas peluang memburu kejuaraan seolah telah tertutup selepas mengalami tiga kekalahan yang begitu menyakitkan.
"Perjuangan seterusnya selepas ini memburu kejayaan dipentas saingan
Piala Futsal Malaysia 2025 selepas ini yang tidak kurang hebatnya," katanya yang yakin Pahang Rangers mampu menyerlah pada saibgan Piala Futsal Malaysia 2025.
Related News
31 Mar, 2025
Downing Street admits Britain will be hi . . .
24 May, 2025
Birdie blitz thrusts Aussie Ruffels into . . .
05 May, 2025
Aussie dozen forced to wait with Gold Co . . .
31 Mar, 2025
Asking Eric: ‘I still want to hit the ba . . .
15 Mar, 2025
Report: Out-of-contract Liverpool star s . . .
23 Mar, 2025
Sports News | International Squash Retur . . .
24 May, 2025
Gary Neville shown support from Jamie Ca . . .
18 Apr, 2025
11 Charts And The Data That Dispels The . . .