SUBANG: Seramai 66 pemain amatur dan 22 profesional mengambil bahagian dalam Kejohanan Golf Pro-Am Tun Ahmad Sarji di Saujana Golf & Country Club, di sini, semalam.
Kejohanan tahunan ini yang mendapat sokongan MST Golf dan 13 syarikat korporat, bertujuan memberi penghormatan kepada pengasas Profesional Golf of Malaysia (PGM), Allahyarham Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
Saingan kali ini ini menjadi milik pasukan Shapadu Corporation Sdn Bhd yang diperkuatkan pemain profesional, Irfan Syahmi serta tiga pemain amatur iaitu Norhizam, Roslan dan Zaily.
Tempat kedua dimenangi pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diwakili pemain profesional Shahriffuddin Ariffin serta tiga pemain amatur, Abdul Aziz Ahmad, Muhammad Azammi dan Abdul Malek.
Tempat ketiga dikuasai pasukan Saujana Golf & Country Club yang diketuai pemain profesional Shaifubari Muda dan tiga pemain amatur, Patrick Wong, Wong Jay Lyn dan Paudzai Ishak.
Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengarah PGM, Yip Jian Lee.
Sempena pertandingan itu, PGM turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Pusat Pengajian Al-Quran.
Ia disampaikan oleh anak Ahmad Sarji, iaitu Ariff Tuah kepada pengerusi pusat kebajikan berkenaan, Datuk Sulaiman Osman.
Dalam pada itu seramai 87 pemain profesional termasuk pemain negara, Galven Green (penyandang juara), Shahriffuddin Ariffin, Paul San dan pemain veteran, Danny Chia akan berentap selama tiga hari bermula esok bagi merebut Piala Tun Ahmad Sarji.
Saingan ini menyediakan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM180,000.
Bagi kategori wanita pula, beberapa pemain elit akan turun bersaing termasuk Aretha Pan, Zulaikah Nasser, Liyana Durisic dan Winnie Ng bagi merebut hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM30,000.
Related News
23 Jul, 2025
‘Pretty special’: Wallabies winger thril . . .
25 Jul, 2025
John Swinney says he will raise Gaza’s ‘ . . .
11 Apr, 2025
Rockets vs. Lakers prediction, odds, pic . . .
29 Jun, 2025
Multi-million-pound founder of global ba . . .
19 May, 2025
Lavusa Bridge repairs completed
11 Jul, 2025
Yamaha Headphones (Studio)
25 Jul, 2025
Is The Fantastic Four: First Steps out o . . .
07 Mar, 2025
How to watch the West Coast Conference t . . .