CALIFORNIA: Pengendali San Jose Earthquakes, Bruce Arena menyelamatkan bintang Inter Miami, Lionel Messi daripada dilayangkan kad merah selepas perlawanan yang berakhir seri 3-3 di San Jose.
Bintang Argentina itu dikasari di luar kotak penalti ketika masa kecederaan dan dia memarahi pengadil kerana tidak mengambil tindakan. Sebaik perlawanan berakhir, Messi terus meluahkan kemarahannya sehingga dilayangkan kad kuning.
Ketua pengadil, Joe Dickerson meminta Messi beredar dan Arena, yang berada dekat dengan pemain itu serta ketiga-tiga pegawai perlawanan, meredakan keadaan dan membawa Messi pergi.
"Jelas sekali dia tidak gembira, dan saya mahu memastikan dia tidak dilayangkan kad merah. Saya hanya mahu dia beredar kerana jika dia mendapat kad merah selepas perlawanan, ia tidak masuk akal.
"Saya mahu membawa dia keluar dan memastikan dia bersedia untuk bermain pada perlawanan Miami seterusnya," kata Arena.
Messi meledak lima gol dan tiga bantuan gol dalam sembilan perlawanan Major League Soccer menjelang aksi di laman sendiri esok bertemu Orlando City.
Keputusan seri dengan Earthquakes memberikan satu mata buat Miami, yang hanya menang sekali dan seri dua kali dalam empat perlawanan terakhir liga, serta menang sekali dan seri empat kali dalam enam perlawanan terakhir di semua pertandingan. - REUTERS
Related News
13 Jul, 2025
Carlos Alcaraz vs Jannik Sinner Wimbledo . . .
09 May, 2025
Influencer tours Madonna's opulent $40M . . .
29 Apr, 2025
Saints' Derek Carr in passionate sermon . . .
25 Jul, 2025
This US rapper was the toast of the Pari . . .
02 Apr, 2025
Hong Kong in frame to host Nations Champ . . .
18 Jul, 2025
Jon Bernthal has switched up his Frank C . . .
29 May, 2025
Ex-CNN reporter Chris Cillizza reveals h . . .
27 May, 2025
SHA vs AJM Dream11 Prediction: Fantasy C . . .