Back to news
Reformasi perundangan Malaysia dapat pengiktirafan dunia - Azalina
@Source: bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Masyarakat antarabangsa terutama komuniti perundangan dunia mengiktiraf usaha dan inisiatif reformasi perundangan serta institusi yang dilaksanakan dengan gigih oleh Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata pengiktirafan itu jelas apabila beliau diberi penghormatan menyampaikan pandangan serta penerangan berkaitan usaha reformasi perundangan yang telah, sedang dan akan dilaksana oleh Kerajaan MADANI di Tashkent, Uzbekistan.
Menerusi hantaran di Facebook, Azalina memaklumkan pandangan dan penerangan itu yang juga terkait dengan pendigitalan serta era teknologi terkini dengan perkembangan pesat kecerdasan buatan disampaikan beliau semasa sesi pleno Tashkent Law Spring International Legal Forum 2025 yang bertemakan The Age of Digital Technologies: A Legal Perspective of the Future.
"Pada sesi tersebut, saya berkongsi pentas dengan pakar-pakar antarabangsa termasuk menteri kehakiman dan digital dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Azerbaijan, Pakistan dan Russia selain beberapa pakar badan-badan ternama dunia," katanya.
Azalina berkata beliau kini berada di Tashkent untuk lawatan rasmi atas jemputan Menteri Keadilan Uzbekistan, Akbar Tashkulov bagi menghadiri forum berkenaan. – BERNAMA
Related News
13 Apr, 2025
Ukraine says 32 killed by Russian ballis . . .
02 Jul, 2025
Explained: How Do Old Vehicles Cause Mor . . .
23 Aug, 2025
Netflix announces ‘México 86,’ the twist . . .
29 Mar, 2025
Rinku Singh Tries To Dribble Like Lionel . . .
23 Mar, 2025
Fresh headache for England star Kyle Wal . . .
05 Apr, 2025
World Jrs Tennis Championship kicks off
24 Aug, 2025
Ferguson tastes victory in impressive Se . . .
10 Aug, 2025
Montana bar shooting: Suspect Michael Pa . . .