OHIO, Amerika Syarikat: Scottie Scheffler sekali lagi membuktikan dia bersedia menakluk apa sahaja cabaran dalam Jelajah PGA.
Pemain golf nombor satu dunia itu mencatat satu lagi pusingan mantap dan memenangi kejuaraan buat kali ketiga dalam empat kejohanan terakhirnya, mempertahankan gelaran pada Kejohanan Memorial dengan catatan dua bawah par 70 pada pusingan akhir di Muirfield Village, Dublin, Ohio, pagi tadi.
"Lapangan golf ini memang akan mendedahkan kelemahan anda," kata Scheffler. "Saya berjuang dengan baik hari ini... Berjaya catat satu lagi pusingan yang baik di padang golf yang amat mencabar ini."
Dengan jumlah keseluruhan 10 bawah par 278, Scheffler meraih kemenangan empat pukulan mengatasi Ben Griffin — satu-satunya pemain lain yang pernah memenangi kejohanan Jelajah PGA disertai Scheffler dalam sebulan terakhir.
Scheffler tidak menang tahun ini sebelum menjuarai Piala CJ Byron Nelson, kejohanan yang dianggap sebagai kejohanan kampung halamannya di kawasan Dallas-Fort Worth, sebelum meraih Kejuaraan PGA. Dia memenangi tujuh kejohanan tahun lalu.
Scheffler dan Tiger Woods kini satu-satunya pemain yang berjaya menjuarai Kejohanan Memorial dua tahun berturut-turut.
Kejohanan ini dianjurkan oleh legenda golf Jack Nicklaus, yang menyambut Scheffler ketika dia melangkah keluar dari green sebagai juara.
"Ini memang sesuatu yang istimewa," kata Scheffler. "Ia sentiasa menjadi minggu yang sukar. Terlalu mencabar untuk beraksi pada kejohanan ini." – REUTERS
Related News
27 May, 2025
Brighter tomorrows: How Fiji and Samoa a . . .
23 Jun, 2025
Iran's FM Says US Strikes On Nuke Sites . . .
08 Jun, 2025
Why the Brumbies have been dudded by new . . .
26 Jun, 2025
Pharmac Proposes Changes To Support 12-m . . .
02 Jun, 2025
Piastri wins Spanish Grand Prix after Ma . . .
23 Jul, 2025
1,500 police officers redeployed for Don . . .
21 Apr, 2025
Private jet rentals skyrocketing as deep . . .
30 May, 2025
May 31, 2025 Special Days: Which Day Is . . .