SPA-FRANCORCHAMPS (Belgium): Max Verstappen membuka lembaran baharu Red Bull dalam era pasca Christian Horner dengan penuh bergaya apabila memenangi perlumbaan pecut Grand Prix (GP) Belgium, hari ini.
Juara dunia itu menewaskan pelumba McLaren, Oscar Piastri yang bermula dari petak utama, dalam penampilan pertama Laurent Mekies selaku Ketua Pasukan baharu menggantikan Horner yang dipecat dua minggu lalu.
Lando Norris yang memandu satu lagi jentera McLaren berada di kedudukan ketiga.
"Segalanya berjalan lancar. Saya tahu akan sukar untuk kekalkan jarak dengan mereka (McLaren)," kata Verstappen.
"Saya tak mampu lakukan sebarang kesilapan besar. Ia hanya perlumbaan pecut, tetapi tetap bermakna," kata pelumba Belanda itu selepas mencatat kemenangan pecut ke-12 dalam kariernya.
Piastri melakukan permulaan yang baik, namun Verstappen berjaya memintasnya secara dramatik di laluan lurus Kemmel pada pusingan pertama daripada 15 pusingan yang dipertandingkan.
Dengan keputusan itu, Piastri menambah satu mata kepada kelebihannya dalam kejuaraan pemandu, kini mendahului Norris dengan sembilan mata, manakala Verstappen ketinggalan 68 mata di belakang pelumba Australia itu.
Related News
16 Apr, 2025
Anti-Corruption Authorities Raid Banglad . . .
15 Jun, 2025
Big blow to BCCI’s staff members ahead o . . .
24 May, 2025
Interim Trade Deal With US May Be Clinch . . .
05 May, 2025
Ex-stars with brain conditions linked to . . .
25 May, 2025
Sports News | I'm Not Saying I'm Done, I . . .
07 Jul, 2025
How Alfonso Cuarón shapes narrative dept . . .
19 Mar, 2025
Meet actress who has given more than 10 . . .
06 Jun, 2025
Solar Mosaic Plans Bankruptcy Filing as . . .