SUZUKA: Juara dunia empat kali, Max Verstappen memadam rekod trek Suzuka untuk meraih petak utama Grand Prix (GP) Jepun, hari ini.
Kejayaan itu menyaksikan Verstappen bakal memulakan perlumbaan di hadapan pemandu McLaren, Lando Norris manakala Yuki Tsunoda berada di petak ke-15 pada penampilan sulungnya bersama Red Bull.
Verstappen mencatatkan 1 minit 26.983 saat (s) bersama jentera Red Bull, 0.012s di hadapan pendahulu kejuaraan Norris manakala seorang lagi pelumba McLaren, Oscar Piastri di petak ketiga.
"Sekiranya kamu melihat permulaan musim kami, malah ketika hujung minggu, ia sangat di luar dugaan," kata Verstappen mengenai petak utama pertamanya musim ini.
"Saya fikir ia begitu istimewa."
Verstappen masih sedang memburu kemenangan pertamanya bagi kempen kali ini selepas menamatkan perlumbaan di tempat kedua di Australia dan keempat di China.
Dia pernah memenangi perlumbaan di Jepun pada tiga musim sebelum ini tetapi sentiasa sedar akan cabaran yang bakal diharunginya musim ini.
"Saya tidak kata, 'ini yang pertama sekarang, semuanya sudah sempurna," katanya. "Kami masih mempunyai beberapa isu yang perlu diselesaikan. Itu yang kami sedang usahakan."
Pemandu Ferrari, Charles Leclerc berada di petak keempat di hadapan duo Mercedes, George Russell dan Kimi Antonelli.
Lewis Hamilton yang bersama Ferrari bakal memulakan perlumbaan di petak kelapan diikuti pemandu Williams, Alex Albon dan Haas, Oliver Bearman. - AFP
Related News
28 Jun, 2025
Teori asal usul COVID-19 masih belum ter . . .
02 Jun, 2025
Which Team Will Win IPL 2025 Trophy If R . . .
20 Jul, 2025
Jaipur ranks 5th in world's best cities . . .
09 Jul, 2025
Typos 'Trump' Trade War As US President' . . .
16 May, 2025
At least 12 people injured after car ram . . .
25 Apr, 2025
Check out the first Kalamazoo-area girls . . .
10 Jul, 2025
Sports News | New Delhi to Host Two Majo . . .
04 May, 2025
McLaren's Zak Brown responds to Australi . . .