TRENDING NEWS
Back to news
26 Jul, 2025
Share:
Wirtz buat penampilan sulung, Liverpool tumpas di tangan AC Milan
@Source: bharian.com.my
HONG KONG: Pemain termahal dalam sejarah Liverpool, Florian Wirtz membuat penampilan sulung bersama pasukan baharunya ketika skuad kendalian Arne Slot tewas 2-4 kepada AC Milan di hadapan penyokong yang memenuhi Stadium Kai Tak, hari ini. Namun, tiada tempat buat Darwin Nunez atau Luiz Diaz dalam skuad Reds biarpun spekulasi kian bertiup kencang yang mereka bakal meninggalkan pasukan susulan ketibaan Hugo Ekitike dan Alexander Isak. Slot selepas perlawanan berkata, Nunez terlepas aksi perlawanan kerwana kecederaan manakala penyerang Colombia, Diaz diketepikan disebabkan spekulasi terhadap masa depannya. Sebelum sepak mula, legenda kelab Kenny Dalglish menyempurnakan upacara meletakkan kalungan bunga sebagai penghormatan kepada mendiang Diogo Jota yang terkorban bersama adiknya Andre Silva dalam kemalangan jalan raya di wilayah Zamora, Sepanyol awal bulan ini. Pemain Liverpool juga mengenakan jersi dengan cetakan 'Diogo J 20' sebagai tanda kenangan. Liverpool bermula garang dengan menguasai 10 minit pertama, namun Milan membuka jaringan menerusi Rafael Leao hasil serangan balas pantas yang menewaskan penjaga gol Alisson Becker. Dominik Szoboszlai menyamakan kedudukan dengan rembatan cantik dari luar kotak penalti yang berjaya menewaskan gawang gol dikawal Mike Maignan. Pemain tengah England, Loftus-Cheek kembali meletakkan Milan di hadapan pada awal babak kedua sebelum Noah Okafor menjadikan keputusan 3-1 dengan menewaskan penjaga gawang baharu Liverpool, Giorgi Mamardashvili. Cody Gakpo menambah gol kedua Liverpool pada masa tambahan dengan tandukan hasil hantaran cantik Ibrahima Konate namun kesilapan besar antara Mamardashvili dan Kostas Tsimikas membuka ruang buat Okafor menyempurnakan jaringan kedua peribadinya. Liverpool selepas ini dijadual ke Jepun dan menentang kelab Yokohama F Marinos, Rabu ini.
For advertisement: 510-931-9107
Copyright © 2025 Usfijitimes. All Rights Reserved.