TRENDING NEWS
Back to news
22 May, 2025
Share:
Wydad nafi khabar angin perpindahan Ronaldo
@Source: bharian.com.my
RABAT, Maghribi: Wydad Casablanca menafikan sedang berunding untuk menandatangani kapten Portugal, Cristiano Ronaldo dari Al-Nassr. Media Sepanyol, Marca melaporkan yang Wydad berharap dapat menandatangani pemenang lima kali Ballon d'Or itu untuk membantu mereka mengharungi Piala Dunia Kelab yang akan berlangsung di Amerika Syarikat bulan depan. "Ia hanya perbincangan santai antara presiden Wydad dan ejen yang rapat dengan Ronaldo, tanpa sebarang perkara rasmi dibincangkan," menurut sumber rapat dengan Wydad. Ronaldo, 40, adalah penjaring terbanyak Liga Pro Saudi dengan 24 gol musim ini. Wydad, yang kali terakhir muncul juara Afrika pada tahun 2022, akan berdepan Manchester City pada 18 Jun sebelum bertemun Juventus dan Al-Ain dalam saingan Kumpulan G Piala Dunia Kelab. - REUTERS
For advertisement: 510-931-9107
Copyright © 2025 Usfijitimes. All Rights Reserved.