KUALA LUMPUR: 'Awas, Manchester United memerhatikan anda!'
Pemain ASEAN-All Stars mendapat suntikan motivasi terbaik untuk memberikan persembahan terbaik menentang United esok sekali gus berpeluang diintai gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Pengendali United, Ruben Amorim tidak menolak kemungkinan untuk memberi peluang kepada mana-mana bintang ASEAN-All Stars sekiranya mereka dilihat memiliki kualiti untuk menyarung jersi 'The Red Devils'.
"Kami mahukan pemain terbaik di seluruh dunia. Kalau ada yang memiliki nilai, mereka boleh berada dalam senarai kami. Kami adalah pasukan yang dibentuk dengan pemain dari seluruh dunia.
"Kami tidak mengira anda dari negara ataupun mana-mana bahagian dunia sekalipun, jika ada yang terbaik, kami akan mempertimbangkannya," kata Amorim pada sidang media praperlawanan Piala Cabaran Maybank berdepan ASEAN All-Stars, hari ini.
Mengulas mengenai pertembungan menentang skuad bimbingan Kim Sang-Sik itu, pengendali dari Portugal itu mengakui aksi ini lebih daripada sekadar aksi pertunjukan semata-mata.
Tegasnya, beliau menuntut anak buahnya memberikan aksi yang terbaik sebagai menghargai sokongan padu penyokong United yang mengalu-alukan kehadiran pasukan itu dengan penuh bersemangat meskipun berdepan musim yang sukar.
"Semua orang tahu kami mengharungi musim yang sukar tetapi penyokong tetap memberikan sokongan yang hebat. Satu penghormatan untuk kami memberikan persembahan yang terbaik kepada penyokong sebagai menghargai hubungan yang erat antara pasukan dengan mereka.
"Hubungan ini amat penting yang membentuk kami sebagai pasukan terbaik di dunia. Kami sentiasa mendapat sokongan yang padu tidak kira di Old Trafford ataupun di mana-mana venue.
"Jadi kami jangkakan suasana seperti di Old Trafford akan turut dirasai pada perlawanan malam esok (di Stadium Nasional Bukit Jalil)," katanya.
Sebagai rekod, lima pemain Harimau Malaya dipilih membarisi skuad ASEAN-All Stars iaitu Haziq Nadzli, Azam Azmi Murad, Adib Ra'op, Declan Lambert serta Sergio Aguero.
Related News
15 May, 2025
Rory McIlroy Gives Blunt Explanation for . . .
17 Jul, 2025
The Open star doesn't hold back on Padra . . .
16 Jul, 2025
The co-CEO of Ubisoft's new Assassin's C . . .
07 Jun, 2025
Inside story of Donald Trump and Jeffrey . . .
12 May, 2025
We are all in this together: Brave Wigan . . .
18 Apr, 2025
BBC confirms fate of Death In Paradise s . . .
18 Jul, 2025
A look at Test stats of Australian bowle . . .
03 May, 2025
Fijian Drua break Reds hearts in Super R . . .