TRENDING NEWS
Back to news
09 Apr, 2025
Share:
Arsenal 'bantu' pasukan tangga kelima EPL ke Liga Juara-Juara
@Source: bharian.com.my
LONDON: Lima pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) akan beraksi di Liga Juara-Juara musim depan susulan kemenangan Arsenal ke atas Real Madrid pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. Satu sahaja kemenangan daripada salah satu pertandingan Eropah itu menyaksikan pasukan di tangga kelima EPL akan mendapat slot untuk beraksi pentas berprestij itu. Slot tambahan itu diberikan kepada negara berdasarkan ranking mereka di kedudukan koefisien Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA). Dengan empat pasukan teratas EPL layak secara automatik ke Liga Juara-Juara, sebarang slot tambahan akan diberikan kepada pasukan di tangga kelima. Liverpool dan Arsenal dijangka menghuni dua tangga teratas EPL musim ini namun Nottingham Forest, Chelsea, Newcastle, Manchester City, Aston Villa, Brighton dan Bournemouth hanya dibezakan dengan 12 mata. England mampu memiliki sehingga tujuh pasukan di Liga Juara-Juara musim depan jika Aston Villa memenangi pertandingan itu pada musim ini namun gagal layak menerusi slot EPL dan Manchester United ataupun Tottenham memenangi Liga Europa. Kedudukan koefisien UEFA ketika ini menyaksikan Sepanyol berada di tangga kedua namun diikuti rapat oleh Itali di tangga ketiga. Sebagai rekod, slot tambahan bagi Liga Juara-Juara 2024/25 diberikan kepada Bologna dan Borussia Dortmund yang menamatkan saingan Serie A dan Bundesliga di tangga kelima. -AGENSI
For advertisement: 510-931-9107
Copyright © 2025 Usfijitimes. All Rights Reserved.