PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, hari ini.
Ahli Parlimen Bera itu dilihat meninggalkan pekarangan ibu pejabat SPRM pada jam 5 petang, selepas enam jam memberi keterangan.
Terdahulu, beliau tiba di ibu pejabat suruhanjaya itu pada jam 10.55 pagi tadi menaiki kenderaan jenis Audi warna hitam.
Kehadiran beliau ke ibu pejabat SPRM hari ini adalah kali kelapan berhubung siasatan mengenai kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Ia membabitkan perbelanjaan serta perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia semasa tempoh perkhidmatan beliau dari Ogos 2021 hingga November 2022.
Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, sebelum ini dilaporkan berkata, siasatan SPRM terhadap kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Ismail Sabri, dianggarkan baru sekitar 15 hingga 20 peratus.
Beliau berkata, sesi mengambil keterangan daripada Ismail Sabri, dijangka disambung semula oleh pegawai penyiasat suruhanjaya tidak lama lagi.
Related News
06 Jul, 2025
The Goddess Of Fitness Disha Patani Slay . . .
27 Mar, 2025
‘Wallabies is our priority’: Test succes . . .
12 Mar, 2025
How Bob MacIntyre is set to feature more . . .
02 Apr, 2025
‘Disingenuous’: Fiji Drua boss slams RA . . .
01 May, 2025
La. man sentenced to 8 years for traveli . . .
08 Apr, 2025
Sports News | IPL 2025: KKR Skipper Raha . . .
12 Mar, 2025
Atletico vs Real Madrid lineups: Predict . . .
26 Jul, 2025
Rockies vs. Orioles Highlights | MLB on . . .