SEREMBAN: Pasukan Johor mempamerkan prestasi cemerlang apabila merangkul tujuh pingat emas pada Kejohanan Badminton Jelajah Junior Elit Kebangsaan 2025 (JET 2025) di Dewan Kelab Rekreasi Negeri Sembilan (NSCRC), di sini, kelmarin.
Pasukan itu meraih pingat emas menerusi acara perseorangan bawah 12 dan 16 tahun perempuan dan bawah 12, 14 dan 16 tahun beregu perempuan serta bawah 14 dan 16 beregu lelaki.
Pasukan Pahang meraih tempat kedua selepas membawa pulang tiga emas menerusi acara perseorangan bawah 12 dan 14 tahun perempuan serta perseorangan lelaki bawah 16 tahun.
Tuan rumah, Negeri Sembilan di tempat ketiga dengan pencapaian dua pingat emas yang disumbangkan menerusi Putera Raees Rafael Sulaiman menerusi acara perseorangan lelaki bawah 14 tahun dan beregu lelaki bersama gandingannya, Muhammad Darwisy Al-Qhardawi Mohd Shaharin.
Seramai 130 pemain mewakili lima negeri termasuk Johor, Pahang, Sarawak dan Perlis, bersaing dalam kejohanan anjuran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu.
Sementara itu, ketua jurulatih Negeri Sembilan, Razif Abdul Rahman, berpuas hati dengan pencapaian anak buahnya yang menunjukkan kesungguhan tinggi dalam perlawanan.
"Saya bangga dengan persembahan pemain Negeri Sembilan kerana banyak peningkatan prestasi yang mereka pamerkan sehingga berjaya merealisasikan sasaran dua emas," katanya.
Hadiah kepada pemenang disampaikan Naib Presiden BAM merangkap Presiden NSBA, Datuk Ng Chin Chai dan Presiden Persatuan Badminton Perlis, A'amar Hashim.
Related News
25 Mar, 2025
Inside story of how Kai Trump's spectacu . . .
24 Jul, 2025
Watch: Anshul Kamboj's Fired-Up Celebrat . . .
13 Jul, 2025
Sophie reveals her emotions on taking Du . . .
06 Jun, 2025
England-India Test series to get a new n . . .
24 Aug, 2025
Senior gardaí will attend Ryder Cup in t . . .
30 Jun, 2025
Tomos Williams forced out of Lions tour . . .
17 Aug, 2025
LIVE: Crunch Highlanders FC EGM… Members . . .
14 May, 2025
Illinois football, Bret Bielema agree to . . .