MANCHESTER: Bekas pertahanan England, Rio Ferdinand menasihati bekas kelabnya, Manchester United supaya tidak menandatangani penyerang RB Leipzig, Benjamin Sesko, sebaliknya mencadangkan pemain tengah Brighton & Hove Albion.
Sesko, 22, menarik minat banyak kelab utama Eropah sepanjang musim panas ini dan dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford.
Ia susulan skuad kendalian Ruben Amorim bergelut menjaringkan gol dalam semua kejohanan musim lalu.
Rasmus Hojlund dan Joshua Zirkzee hanya menyumbang tujuh gol Liga Perdana Inggeris secara keseluruhan – pencapaian terburuk dalam sejarah kelab yang menamatkan saingan liga musim lalu di tangga ke-15.
Ferdinand berkata, walaupun tidak meragui kemampuan Sesko, United lebih memerlukan penyerang yang berpengalaman untuk memperkukuh jentera serangan.
"Saya tidak meragui Sesko sebagai pemain. Apa yang saya katakan, United perlukan pengalaman di posisi penyerang utama.
"Mereka sudah ada Hojlund, Zirkzee, dan Chido – semua pemain muda yang kurang pengalaman. Mereka perlukan seseorang untuk dijadikan contoh, supaya pemain muda boleh lihat dan belajar: 'Beginilah cara bermain sebagai No 9, beginilah cara melakukannya'.
"Apabila anda beli pemain yang tidak cukup pengalaman seperti yang saya harapkan, ia adalah satu risiko. Persoalannya: adakah risiko itu berbaloi dengan barisan pemain yang sedia ada?" soal Ferdinand.
Ferdinand turut mencadangkan penyerang Aston Villa, Ollie Watkins – yang juga pernah dikaitkan dengan United – sebagai pilihan lebih sesuai kerana memiliki pengalaman luas dalam Liga Perdana Inggeris.
Namun, bekas pemain pertahanan Manchester United itu juga mengakui bahawa dia lebih rela melabur wang ke bahagian tengah pasukan, jika perlu memilih.
"Kalau saya tak dapat penyerang, saya akan pergi kepada pemain tengah.
"Hanya satu nama yang bermain di fikiran saya – dan saya rasa dia sangat sesuai dengan keperluan kita.
"Seorang pemain yang sesuai dengan gaya Amorim. Fizikal yang hebat, boleh mengawal bola di mana-mana bahagian padang, cukup bijak secara taktikal, bertenaga tinggi, kaki yang kuat, dan paling penting, pengalaman dalam Liga Perdana Inggeris – Carlos Baleba.
"Itulah pemain yang saya akan buru. Itulah pemain yang saya sanggup berbelanja besar. Jadi, jika saya dapat dana daripada penjualan empat pemain yang tidak diperlukan lagi, patutkah saya beli penyerang atau Baleba?
"Adakah saya patut beli penyerang yang saya sendiri tak pasti, yang masih muda dan kurang pengalaman, atau saya patut beli Baleba yang sudah ada pengalaman Liga Perdana Inggeris dan tahu apa yang dia boleh tawarkan? Maaf, saya pilih Baleba.
"Saya rasa dia boleh beri impak besar kepada skuad ini. Dia juga boleh bebaskan beberapa pemain tengah lain daripada tanggungjawab bertahan, sebab saya rasa dia jenis pemain yang boleh buat semuanya," katanya.
Carlos Baleba, 21, menyertai Brighton dari kelab Perancis, Lille, dengan yuran sekitar 26 juta pound (RM147.6 juta) pada tahun 2023.
Musim lalu, dia tampil dalam 34 perlawanan untuk The Seagulls dan menunjukkan potensi sebagai pemain muda berbakat. - AGENSI
Related News
08 May, 2025
Used car prices jump to highest level si . . .
08 Jul, 2025
"Money talks" "Remove no trade clauses": . . .
13 Mar, 2025
Atletico Madrid 1(2) - 0(4) Real Madrid . . .
29 Apr, 2025
Κιέζα: Πρώτος Ιταλός που κατακτά την Pre . . .
24 Jul, 2025
‘We’ve been played’: Outrage as Jannik S . . .
26 Jul, 2025
Will Lionel Messi Play Tonight in Inter . . .
29 Apr, 2025
Marvel’s ‘Thunderbolts*’ Review: A Small . . .
21 Mar, 2025
Pesky Judges