LONDON: Liverpool dijangka membuat kejutan dengan memburu bintang Paris Saint-Germain (PSG), Bradley Barcola sekali gus menjadikan perbelanjaan musim panas mereka melepasi angka £300 juta (RM1.7 bilion).
Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berhasrat untuk terus berbelanja besar bagi mendapatkan seorang lagi penyerang, walaupun sudah hampir melengkapkan perpindahan Florian Wirtz dari Bayer Leverkusen bernilai £127 juta (RM728 juta), satu rekod perpindahan British.
Mereka juga bersedia untuk bersaing dengan Bayern Munich bagi mendapatkan Barcola, 22, yang dinilai sekitar £100 juta (RM574 juta).
Liverpool juga masih belum berputus asa dalam usaha untuk mengikat Alexander Isak dari Newcastle United.
Pengurusan di Anfield amat berminat untuk melihat Isak, yang menjaringkan 23 gol musim lalu, menjadi tonggak utama barisan serangan baharu mereka.
Namun, jika Newcastle tetap dengan harga sekitar £150 juta (RM860 juta) untuk pemain antarabangsa Sweden berusia 25 tahun itu, Liverpool bersedia untuk menarik diri dan mencari alternatif lain.
Ketika ini, Barcola muncul sebagai "Pelan B" yang hebat selepas timbul keraguan mengenai masa depannya bersama PSG, juara Liga Juara-Juara musim ini.
Setakat ini, Liverpool sudah membelanjakan £29.5 juta (RM169 juta) untuk membeli rakan sepasukan Wirtz di Leverkusen, pertahanan kanan Jeremie Frimpong, 24, dan satu lagi perbelanjaan lebih £40 juta (RM229 juta) dirancang untuk mendapatkan pertahanan kiri Bournemouth, Milos Kerkez, 21.
Namun, yang paling menggembirakan penyokong adalah kemungkinan menyaksikan Barcola bergandingan dengan Wirtz, 22, dan ikon Anfield, Mohamed Salah, 32.
Barcola, yang kini menjadi sasaran utama Bayern Munich, bukan lagi sebahagian daripada tiga penyerang utama PSG.
Dia memulakan perlawanan dari bangku simpanan pada final Liga Juara-Juara menentang Inter Milan bulan lalu, sebelum dimasukkan pada minit ke-67 dan mencipta umpanan gol buat Senny Mayulu ketika menang besar 5-0.
Bayern secara terbuka menyatakan hasrat untuk menguji kesungguhan PSG mempertahankan Barcola, yang dibeli dari Lyon dengan harga £38 juta (RM218 juta) pada tahun 2023.
Liverpool pula dijangka menjana dana tambahan dengan melepaskan penyerang yang tidak konsisten, Darwin Nunez, 25, selain sedia mendengar tawaran buat Luis Diaz dan Diogo Jota, kedua-duanya berusia 28 tahun. – AGENSI
Related News
24 May, 2025
Ange Postecoglou reveals why he 'stayed . . .
16 Apr, 2025
Role of geosynthetics in civil engineeri . . .
25 Mar, 2025
Tiger Woods confirms relationship with T . . .
27 May, 2025
Hualālai Is Hawai’i Island’s Most Covete . . .
12 May, 2025
Australia coach Schmidt impressed by dep . . .
24 Feb, 2025
Sir Keir Starmer and French President Em . . .
28 May, 2025
Super Bowl champion handed shock NFL ret . . .
30 Mar, 2025
Monaghan show smarts to close out Divisi . . .