FORT LAUDERDALE, Amerika Syarikat: Lionel Messi meneruskan prestasi luar biasa dalam Major League Soccer (MLS) pagi tadi apabila menjaringkan dua gol buat kali kelima berturut-turut untuk membantu Inter Miami mencatat kemenangan 2-1 ke atas Nashville.
Beberapa hari selepas mencipta sejarah sebagai pemain pertama yang menjaringkan lebih daripada satu gol dalam empat perlawanan MLS berturut-turut, Messi sekali lagi melakukannya ketika Miami terus mendaki carta Eastern Conference selepas kembali daripada aksi Piala Dunia Kelab.
Pemenang Ballon d'Or lapan kali itu membuka tirai jaringan pada minit ke-17 menerusi sepakan percuma kaki kiri - menembusi satu-satunya ruang dalam benteng pertahanan Nashville untuk melepasi penjaga gol, Joe Willis.
Miami mendominasi babak pertama, namun hanya empat minit selepas separuh masa kedua bermula, tandukan Hany Mukhtar menyaksikan Nashville menyamakan kedudukan.
Messi memastikan kemenangan Miami pada minit ke-62 apabila dia memanfaatkan kesilapan besar Willis yang tersilap membaca hantaran, membolehkan penyerang Argentina itu mudah menjaringkan gol.
Dua gol itu - selepas dua jaringan dalam kemenangan 2-1 ke atas New England pada Rabu lalu - menjadikan jumlah jaringan Messi kepada 16 gol dalam 16 penampilan musim ini, menyamai pencapaian penyerang Nashville, Sam Surridge, yang gagal menambah jumlah jaringannya pada perlawanan itu.
"Tidak banyak kata-kata yang boleh diungkapkan. Ia luar biasa apa yang terus dilakukannya, memecahkan rekod kini setiap tiga hari, bukan lagi setiap hujung minggu," kata jurulatih Miami, Javier Mascherano.
Miami bermain perlawanan ketiga sejak kembali ke saingan MLS selepas beraksi sebulan pada kempen Piala Dunia Kelab yang menyaksikan mereka tersingkir di pusingan 16 oleh Paris Saint-Germain.
Dengan 38 mata daripada 19 perlawanan, Miami kini menghuni tangga kelima dalam Eastern Conference, lima mata di belakang pendahulu, Philadelphia. – AFP
Related News
09 Mar, 2025
ITV ridiculed after giving iconic 70s co . . .
04 May, 2025
ICYMI #TheTribune Opinion: Should we go . . .
10 Jul, 2025
Op Fibre: SPRM sita hartanah nilai lebih . . .
02 Jun, 2025
I've poured over the data and found one . . .
23 Apr, 2025
Sports News | Tammy Beaumont Eyes One-Da . . .
23 Apr, 2025
Google Fi rolls out a new cheaper unlimi . . .
15 May, 2025
‘No problems’: Why next Wallabies coach . . .
19 Jun, 2025
Galaxy Z Fold 7 reveal date now looks li . . .