KUALA LUMPUR: New Zealand selangkah lagi untuk mempertahankan kejuaraan Piala Negara-Negara selepas menempah tiket ke final dengan menewaskan Korea Selatan menerusi penentuan penalti 4-3 pada aksi separuh akhir di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Bagaimanapun, skuad Black Sticks tidak beroleh laluan mudah apabila Korea Selatan bangkit memberikan tentangan sengit sebelum kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada masa sebenar, sekali gus memaksa perlawanan ditentukan menerusi penentuan penalti.
New Zealand bermula cemerlang apabila meledak dua gol padang menerusi Jonty Elmes pada minit ke-10 dan Dylan Thomas (m-19) untuk mendahului 2-0, namun Korea Selatan menyamakan kedudukan hasil dua pukulan sudut penalti yang disempurnakan Lim Dohyun (m-25) dan Yang Jihun (m-37).
Dalam satu lagi aksi separuh akhir, Pakistan turut mengesahkan kemaraan ke final selepas menyingkirkan naib juara edisi lalu Perancis, menerusi penentuan penalti 3-2 selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 pada masa penuh.
Perancis membuka tirai jaringan menerusi Xavier Esmenjaud (m-25) dan Victor Charlet (m-34), namun Pakistan bangkit dengan tiga jaringan pantas dalam tempoh lima minit hasil sentuhan Afraz (m-38), Sufyan Khan (m-42) dan Muhammad Hammadudin (m-43).
Charlet sekali lagi menjadi penyelamat buat Perancis apabila menyamakan kedudukan dua minit sebelum tamat perlawanan menerusi pukulan sudut penalti, namun tuah memihak kepada Pakistan dalam penentuan penalti.
Final antara Pakistan dan New Zealand dijadual berlangsung esok di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.
Related News
30 Mar, 2025
"Plan Was To...": Axar Reveals Reason Be . . .
07 May, 2025
Beibhinn Parsons: 'I thought lightning c . . .
23 Aug, 2025
Texas adopts redrawn electoral map aimed . . .
22 Mar, 2025
The Punch-Up w/ Matt Reigle: March 22
06 Jun, 2025
'A great privilege': Meninga locked in a . . .
15 Feb, 2025
Federal Minister for Finance and Revenue . . .
05 Apr, 2025
Raksha Mantri flags-off INS Sunayna as I . . .
01 Jun, 2025
"If You Don't Score..." Warning Behind V . . .