IMOLA, Itali: Lando Norris menjauhkan diri daripada gangguan media sosial ketika perebutan kejuaraan Formula Satu (F1) bersama rakan sepasukan McLaren, Oscar Piastri semakin hangat.
"Saya sudah tidak mengikuti media sosial selama beberapa minggu," kata pemandu Britain itu kepada media di Imola menjelang perlumbaan ketujuh daripada 24 pusingan musim ini.
"Ia sesuatu yang saya tidak seronok lagi. Saya tidak perlukannya. Ini kehidupan saya. Saya boleh lakukan apa yang saya suka," katanya apabila ditanya jika ia disebabkan keadaan semasa.
Pemandu Britain itu menang perlumbaan pembuka tirai musim di Melbourne dan mendahului hinggalah Piastri mengambil alih di puncak di Jeddah bulan lalu.
Pelumba Australia itu melebarkan pendahuluannya kepada 16 mata di Miami pada 4 Mei lalu dengan kemenangan keempatnya dalam enam perlumbaan dan litar gaya lama Imola di Itali boleh menyaksikan kemenangan keempat berturut-turut buatnya malam esok.
Norris, salah seorang pemandu F1 paling popular, mempunyai 9.9 juta pengikut di laman Instagram dan dikenali kerana kelantangannya bercakap mengenai isu mental dan membuat komen mengkritik diri sendiri.
Mengingatkan bagaimana juara dunia 2007 Kimi Raikkonen - pemandu yang terkenal tidak berminat dengan media sosial - pernah mengatakan dalam dunia yang ideal dia akan membuang telefonnya ke dalam tasik, Norris menjawab: "Saya pun mungkin sama."
"Saya seronok tidak menggunakan telefon seperti dulu.
"Saya masih menggunakan telefon dan saya masih menghantar mesej kepada rakan dan semua perkara ini. Saya hanya lihat media sosial lebih, daripada perspektif saya, sebagai membazirkan masa dan tenaga dan saya tidak memerlukannya," katanya.
"Saya tidak mahukannya. Saya tidak rasa ia menarik.
"Saya hanya fikir saya mempunyai lebih banyak masa untuk melakukan perkara yang saya mahu lakukan. Saya hanya mahu meluangkan masa dengan rakan-rakan. Saya pergi dan bermain golf dan berlatih serta melakukan perkara yang produktif." – REUTERS
Related News
23 Jun, 2025
Saskatoons
01 May, 2025
What is the new road bridge North Korea . . .
17 Jul, 2025
2 BDRM, 2 Bath Top Floor Corner!!
06 Apr, 2025
East Kilbride siblings earn title succes . . .
14 Jul, 2025
Israeli Airstrikes on Gaza Kill Two Jour . . .
10 Jun, 2025
Wazahat Khan, the man who filed FIR agai . . .
11 Apr, 2025
Soccer player dead at 21 after terrifyin . . .
11 Apr, 2025
How to watch ‘Hacks’ Season 4 premiere: . . .