LOS ANGELES: Kapten Amerika Syarikat (AS), Christian Pulisic menarik diri daripada kejohanan terakhir negaranya menjelang Piala Dunia 2026 kerana memerlukan rehat.
AS kendalian Mauricio Pochettino akan bersaing pada Piala Emas CONCACAF bulan depan selepas beraksi perlawanan persahabatan di gelanggang sendiri menentang Switzerland dan Turkiye.
Pemain sayap AC Milan, Pulisic tidak dinamakan dalam skuad 27 pemain dan pengarah teknikal US Soccer, Matt Crocker berkata ketiadaannya adalah selepas permintaan.
"Christian dan pasukannya bertanyakan persekutuan dan staf kejurulatihan mengenai kemungkinan menarik diri pada musim panas ini, memandangkan jumlah perlawanan ditempuhinya sepanjang dua tahun di kelab dan peringkat antarabangsa dengan rehat yang tidak mencukupi," kata Crocker dalam satu kenyataan.
"Selepas perbincangan dan pertimbangan teliti, kami memutuskan secara kolektif ini adalah masa yang sesuai untuk dia mendapat rehat yang diperlukannya. Objektifnya adalah untuk memastikan dia bersedia sepenuhnya untuk beraksi di peringkat tertinggi musim depan," katanya.
Pulisic salah seorang daripada pemain berpangkalan di Eropah yang akan terlepas perlawanan itu – Weston McKennie dan Tim Weah akan beraksi dengan kelab mereka Juventus pada Piala Dunia Kelab manakala pemain Borussia Dortmund, Giovanni Reyna turut bermain pada kejohanan itu. – AFP
SKUAD AMERIKA SYARIKAT
Penjaga gol: Matt Freese (New York City), Patrick Schulte (Columbus Crew), Zack Steffen (Colorado Rapids), Matt Turner (Crystal Palace/ENG).
Pertahanan: Max Arfsten (Columbus Crew), Sergino Dest (PSV Eindhoven/NED), Alex Freeman (Orlando City), DeJuan Jones (San Jose Earthquakes), Mark McKenzie (Toulouse/FRA), Tim Ream (Charlotte), Chris Richards (Crystal Palace/ENG), Miles Robinson (FC Cincinnati).
Tengah: Brenden Aaronson (Leeds United/ENG), Tyler Adams (Bournemouth/ENG), Sebastian Berhalter (Vancouver Whitecaps/CAN), Johnny Cardoso (Real Betis/ESP), Luca de la Torre (San Diego), Diego Luna (Real Salt Lake), Jack McGlynn (Houston Dynamo), Quinn Sullivan (Philadelphia Union), Malik Tillman (PSV Eindhoven/NED), Sean Zawadzki (Columbus Crew).
Penyerang: Patrick Agyemang (Charlotte), Folarin Balogun (Monaco/FRA), Damion Downs (Cologne/GER), Brian White (Vancouver Whitecaps/CAN), Haji Wright (Coventry City/ENG).
Related News
21 Feb, 2025
Where to buy cheapest, last-minute ticke . . .
26 Jul, 2025
Henry guides New Zealand to T20 Tri-Seri . . .
07 Jul, 2025
Trump Mocks Musk’s ‘America Party’: “He . . .
03 Aug, 2025
Scottish Premiership Soccer: Stream Moth . . .
01 Jun, 2025
Caoimhin Kelleher set to leave Liverpool . . .
11 Mar, 2025
Ben Affleck takes aim at Tom Cruise with . . .
09 Jul, 2025
Diddy to be sentenced on October 3
03 Jul, 2025
Fellow tennis prodigy Benjamin Heynold c . . .