AUGUSTA, Amerika Syarikat: Pemain nombor satu dunia Scottie Scheffler memulakan misi mempertahankan kejuaraan Masters pagi esok fokus untuk menangani selok-belok Augusta National berbanding memikirkan peluang untuk menyertai sekelompok pemain sebagai juara berturut-turut.
Jack Nicklaus, Nick Faldo dan Tiger Woods adalah tiga pemain yang berjaya menang kejuaraan Masters berturut-turut, namun Scheffler – yang juga menang pada tahun 2022 – berkata usaha untuk menyertai mereka tidak pernah terlintas di fikirannya.
"Apabila saya memikirkan untuk bersedia bagi minggu ini, apabila saya melangkah ke tee pertama pada Khamis (pagi esok), saya akan mengingatkan diri sendiri saya sudah melakukan apa yang diperlukan untuk bermain dengan baik dan ia semuanya mengenai keluar dan bertanding sekarang," kata Scheffler.
Pemain nombor dua dunia Rory McIlroy mempunyai pemikiran sama ketika dia cuba menyertai Nicklaus, Woods, Gary Player, Ben Hogan dan Gene Sarazen dalam melengkapkan Grand Slam karier – sesuatu yang gagal dilakukannya dalam 10 percubaan terdahulu.
"Ia hanya naratif. Ia sesuatu yang digembar-gemburkan sahaja," kata McIlroy, yang menang kali terakhir kejuaraan major pada 2014 tetapi tiba di Augusta dengan dua kemenangan dalam Jelajah PGA pada 2025.
McIlroy juga ingin menyelesaikan tugasnya, berkata selepas persiapan mantap dia "tidak sabar untuk memulakan saingan pada Khamis."
Scheffler dan McIlroy mendominasi previu sebelum kejohanan, tetapi kejuaraan major pertama tahun ini menampilkan ramai calon termasuk pemain nombor tiga dunia Xander Schauffele – pemenang Kejuaraan PGA dan Terbuka British tahun lalu – serta penyandang juara Terbuka AS, Bryson DeChambeau.
DeChambeau antara sedozen ahli jelajah LIV Golf yang mana prestasi mereka tidak boleh diukur menerusi ranking dunia, kerana sistem ranking tidak mengiktiraf jelajah disokong Arab Saudi itu.
Tujuh daripada mereka adalah bekas juara Masters, termasuk pemenang 2023, Jon Rahm dari Sepanyol. – AFP
Related News
02 May, 2025
Trump admin hits back after alleged Tren . . .
12 Mar, 2025
Man arrested over Trump Turnberry Gaza p . . .
05 Apr, 2025
Speed creates chances for Northwest in w . . .
11 Apr, 2025
GEM IT selected as computer supplier for . . .
25 Apr, 2025
Karnataka’s industries minister calls fo . . .
05 May, 2025
IPL 2025: Being able to change wet ball . . .
03 May, 2025
Leeds strike late to join Premier League . . .
31 May, 2025
Eagles to trade player year after signin . . .