TRENDING NEWS
Back to news
26 Aug, 2025
Share:
Untung kasar suku kedua DC Healthcare melonjak dua kali ganda
@Source: bharian.com.my
KUALA LUMPUR: DC Healthcare Holdings Bhd (DC Healthcare) mencatatkan lonjakan keuntungan kasar dua kali ganda kepada RM10.45 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2025 (S2 TK2025). Jumlah ini adalah peningkatan ketara berbanding RM5.19 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun sebelumnya. Prestasi memberangsangkan ini didorong oleh peningkatan dalam realisasi perkhidmatan dan pelaksanaan operasi Kumpulan yang cekap. Ia disokong oleh hasil kumpulan yang meningkat 48 peratus kepada RM20.60 juta, terutamanya daripada kadar penebusan yang lebih tinggi untuk perkhidmatan estetik. Sejajar dengan prestasi positif itu, DC Healthcare berjaya mengurangkan kerugian sebelum cukai (LBT) kepada RM1.03 juta, satu penambahbaikan besar berbanding LBT sebanyak RM6.71 juta yang dicatatkan pada S2 TK2024. Bagi prestasi separuh pertama tahun ini, keuntungan kasar kumpulan melonjak kepada RM19.57 juta berbanding hanya RM6.41 juta pada tempoh yang sama tahun lalu. Pengarah Urusan DC Healthcare, DrChong Tze Sheng berkata, keputusan kewangan berkenaan menunjukkan daya tahan model perniagaan syarikat.
For advertisement: 510-931-9107
Copyright © 2025 Usfijitimes. All Rights Reserved.